Aktiviti & Berita

MAJLIS SANJUNGAN BUDI, LAMBAIAN KASIH, HARGAI TUAN SETIAUSAHA BANDARAYA

Ipoh, 2 Oktober 2026: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), telah menganjurkan Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih sempena persaraan Tuan A’zman bin Mohd Harun, Setiausaha Bandaraya setelah 36 tahun berkhidmat.

Majlis yang berlangsung di Ipoh Convention Centre (ICC) itu, turut dihadiri YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah,Datuk Bandar Ipoh.

Hadir sama memeriahkan majlis, YBhg. Clr. Dato' Haji Mazlan bin Abd. Rahman, dan Tuan Clr. Wong Kar Keat, Ketua WHIP Ahli Majlis, MBI, Barisan Ahli Majlis serta Ketua Jabatan dan Unit MBI.

Penganjuran program ini sebagai tanda penghargaan terhadap segala jasa, komitmen dan sumbangan beliau sepanjang tempoh perkhidmatan. Majlis keraian ini, telah diserikan dengan tayangan video kenangan, persembahan nyayian, penyampaian cenderamata dan sesi bergambar bersama warga kerja MBI.

Seluruh warga MBI merakamkan ucapan selamat bersara serta penghargaan atas segala jasa dan khidmat bakti yang telah dicurahkan, Tuan A’zman sepanjang berkhidmat di MBI.

830574009 1544473814371800 4568955580638354067 N
831119059 1544473767705138 1492691892564089321 N
831324797 1544473881038460 5055259783592221569 N
831438035 1544473714371810 3560853361330297935 N
831493703 1544473804371801 7776721245879607588 N
832558409 1544473851038463 2346822404897113631 N
833241722 1544473864371795 7028761749706140994 N
833391967 1544473841038464 8666615949935001683 N
833915123 1544473787705136 4294331041439178519 N
834903623 1544472817705233 8154752093019919380 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

     

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 05/10/2026.
  • Jumlah Pelawat 7202932