Ipoh, 1 Oktober 2026 - Dalam usaha memperkukuh identiti warisan, meningkatkan daya saing ekonomi dan pelancongan dalam kalangan komuniti, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menganjurkan program Perbincangan Berkumpulan (FGD) Bagi Kajian Rancangan Kawasan Khas (RKK) Pekan Ipoh 2035.
Program yang berlangsung di Ipoh Convention Centre (ICC) itu, telah disertai seramai 200 orang peserta.
Mereka yang terlibat adalah terdiri daripada agensi kerajaan, agensi separa kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan-persatuan berkaitan sektor pelancongan, sekolah dan masjid dalam kawasan warisan, pemaju hartanah dan pasukan perunding.
Terdahulu Majlis perasmian program berkenaan telah disempurnakan TPr. Haji Mohd Zainal bin Abdul Hamid, Pengarah Perancangan Bandaraya mewakili Datuk Bandar.
Perbincangan Berkumpulan (FGD) ini diharap dapat membantu dalam mengatasi isu keterhubungan, identiti bandar, promosi pelancongan, tadbir urus, mobiliti, kesesakan trafik, kemudahan awam dan kualiti persekitaran untuk meningkatkan daya saing bandar warisan.