Aktiviti & Berita

LAWATAN PENANDAARASAN MAJLIS PERBANDARAN PENGERANG DAN PLANMalaysia PERKUKUH PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK PENGURUSAN BANDAR

Ipoh, 7 Oktober 2026 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) hari ini, telah menerima lawatan penandaarasan daripada Majlis Perbandaran Pengerang bersama Pejabat Projek Zon Selatan, PLANMalaysia.

Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan amalan terbaik dalam perancangan, pembangunan serta pengurusan bandar.

Program yang berlangsung pada 7 dan 8 Oktober 2026 ini melibatkan seramai 26 orang, diketuai oleh Tuan Norazmi bin Amir Hamzah, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pengerang.

Ketibaan para delegasi di MBI, telah disambut YBhg. Dato’ Mazlan bin Abd. Rahman, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, yang mewakili YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, serta Puan Faridah binti Abdul Aziz, Pengarah Perancangan Korporat MBI.

Selain sesi taklimat dan soal jawab mengenai Rancangan Kawasan Khas (RKK) Pekan Ipoh 2035, program ini turut diisi dengan lawatan ke beberapa lokasi tumpuan di Ipoh, seperti iaitu Kinta Riverwalk, Taman Rekreasi Gunung Lang dan Concubine Lane.

836960435 1548514653967716 6427826008761340564 N
837799693 1548514780634370 4098306351892560498 N
838363579 1548514807301034 4870225926946003032 N
839490716 1548514760634372 6292215200290309665 N
839739818 1548514707301044 3451408840639135293 N
840659590 1548514700634378 6894377580116298227 N
WhatsApp Image 2026 10 07 At 152659
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

     

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 12/10/2026.
  • Jumlah Pelawat 7234621