Aktiviti & Berita

IPOH JADI LOKASI PENGANJURAN BULAN KESIAPSAGAAN NASIONAL 2026

11 Oktober 2026- Ipoh Perak, dipilih menjadi lokasi penganjuran Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026.

Majlis peluncuran program pada hari ini, telah disempurnakan YAB Dato' Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri.

Hadir sama pada program tersebut, YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak; YB Dato’ Seri Mohammad Zahir bin Dato’ Abdul Khalid, Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak; YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak; YB Dato' Azmir Shah bin Zainal Abidin, Penasihat Undang-Undang Negeri Perak; YB Dato' Mohd Zaki bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri Perak; YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri; YBhg. Dato’ Meor Ismail bin Meor Hakim, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA); YBhg. Datuk Hussain bin Moh, Timbalan Ketua Pengarah (Bahagian Pengurusan Pasca Bencana) NADMA serta turut hadir YBhg.Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh.

Bertemakan Madani Siaga, Tanggungjawab Bersama, program yang diadakan selama dua hari bermula 10 Oktober, di Ipoh Convention Centre (ICC) itu, menyediakan palbagai aktiviti menarik antaranya Pameran MADANI Siaga, Pameran Aset dan Jentera, Pameran Zon Imersif dan Program Jualan Rahmah, Jualan Pop Up MBI serta Pertunjukan Demonstrasi Penyelamatan Taktikal Bangunan Tinggi, sempena Majlis Peluncuran BKN 2026.

Sambutan BKN dianjurkan bertujuan, sebagai pemangkin dalam meningkatkan kesedaran semua pihak betapa pentingnya kesiapsiagaan menghadapi dan mengurangkan risiko bencana melalui pendekatan menyeluruh kerajaan dan penglibatan aktif komuniti setempat.

WhatsApp Image 2026 10 11 At 165609
WhatsApp Image 2026 10 11 At 165643
WhatsApp Image 2026 10 11 At 165644
WhatsApp Image 2026 10 11 At 16564412
WhatsApp Image 2026 10 11 At 165644123
WhatsApp Image 2026 10 11 At 16564489
WhatsApp Image 2026 10 11 At 16564566
WhatsApp Image 2026 10 11 At 16564599
WhatsApp Image 2026 10 11 At 1656459988
WhatsApp Image 2026 10 11 At 16564656
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

     

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 12/10/2026.
  • Jumlah Pelawat 7234468