Aktiviti & Berita

OPERASI PEMANTAUAN DI TAPAK PERNIAGAAN CAR BOOT DI MBI

21 Disember 2024- Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menjalankan pemantauan di tapak perniagaan Car Boot Sales di MBI Terrace malam tadi.

Pemantauan itu dilakukan oleh Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan serta Jabatan Kesihatan Awam dan Perkhidmatan Perbandaran MBI.

Operasi pemantauan memasuki hari kedua ini, bertujuan untuk memastikan para peniaga yang menggunakan kaedah Car Boot Sale ini mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh MBI.

Setiap perniaga telah diberi pas berniaga yang disediakan oleh Jabatan Pengurusan Fasiliti MBI.

Sambutan Car Boot Sale di MBI Terrace amat menggalakkan dan terkawal serta keadaan persekitarannya lebih selasa bagi orang awam datang untuk membeli belah.

Peluang perniagaan yang diwujudkan ini adalah selari dengan usaha kerajaan untuk mewujudkan ruang persekitaran yang kondusif untuk kegunaan semua pihak.

IMG 20241221 WA0120
IMG 20241221 WA0121
IMG 20241221 WA0122
IMG 20241221 WA0123
IMG 20241221 WA0124
IMG 20241221 WA0125
IMG 20241221 WA0126
IMG 20241221 WA0127
IMG 20241221 WA0128
mbir

Layari MBI Portal Radio  dan MBI Radio Facebook untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 31/12/2024.
  • Jumlah Pelawat 5353051