30 Julai 2023-Program Ipoh Car Free Day yang sebelum ini terletak di Jalan Raja DiHilir telah memenangi Anugerah Platinum, Placemaking Award oleh Malaysian Institute of Planners di bawah kategori Street (Utilisation During Events).
Ipoh Car Free Day telah dimulakan pada 18 Oktober 2015 yang melibatkan lokasi pertamanya di Jalan Raja Dihilir dan di mana pertukaran lokasi pertama kalinya ke Jalan Sultan Abdul Jalil (Dataran Bandaraya) ini ialah pada 22hb.Disember 2019.
Sebagai langkah kesedaran dan inisiatif mengurangkan intensiti pelepasan karbon pada keseluruhannya di Ipoh dan selaras dengan komitmen negara untuk mengurangkan pelepasan gas rumah kaca sebanyak 45 peratus menjelang tahun 2030.
Y.Bhg.Dato’ Rumaizi Bin Baharin @Md.Daud, Datuk Bandar Ipoh telah melaksanakan penjenamaan semula Ipoh Car Free Day kepada Ipoh Low Carbon Day dan mula dilaksanakan dan diguna pakai pada program bulan Julai 2023.
Program Ipoh Low Carbon Day ini telah memberi manafaat kepada semua golongan wargakota samada mewakili agensi, NGO atau individu yang akan hadir dan melakukan aktiviti secara santai dan pelbagai aktiviti yang dibenarkan ketika laluan ditutup untuk Ipoh Low Carbon Day. Antaranya adalah berjogging, berbasikal, berjalan kaki, kasut roda, papan selaju (skateboard), senamrobik, pemeriksaan kesihatan, kempen kesedaran kesihatan, kempen kemanusiaan, kempen 3R dan sebarang aktiviti yang sesuai dijalankan bagi menyahut cabaran Kearah Mencapai Aspirasi Kelestarian Bandar Sifar Karbon Bersih 2050 sebagai matlamat dan arah tuju bagi Ipoh Low Carbon Day di samping menjadikan Ipoh sebuah Bandaraya Hijau, Pintar, Berdaya Huni, Berdaya Tahan dan Lestari menjelang tahun 2030.
Di samping itu pengisian aktiviti pada program bulan Julai ini adalah acara kayuhan santai iaitu acara Kayuhan Melawat Ipoh 2023 dengan jarak 10 km seramai 250 peserta dan dimeriahkan lagi dengan acara larian anjuran Majlis Keselamatan Negara (MKN) iaitu NATSEC Fun Run sejauh 5KM dengan penyertaan seramai 300 orang peserta.
Pelepasan bagi acara kayuhan dan larian tersebut telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato’ Rumaizi Bin
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya., Datuk Bandar Ipoh dan Tuan Khairul Amir bin Jamil, Penolong Pengarah Keselamatan Negara, Negeri Perak.