Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) membuka permohonan Permit Khemah dan Penjaja Sementara sempena Perayaan Deepavali 2026.
Sehubungan itu, orang ramai yang berminat adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan dalam tempoh yang telah ditetapkan bagi memastikan urusan permohonan dapat diproses dengan lancar.
