DATUK BANDAR IPOH MELAWAT TAPAK PROGRAM PUBLISITI & PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN TEMPATAN BANDARAYA IPOH 2035 (PENGUBAHAN 2)

Ipoh, 16 Oktober 2026 – YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, hari ini mengadakan lawatan ke tapak Program Publisiti & Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Bandaraya Ipoh 2035 (Pengubahan 2), yang berlangsung di Lobi Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Lawatan tersebut turut disertai oleh Ahli Majlis, pengarah dan pegawai MBI bagi meninjau pelaksanaan program berkenaan.

Program Publisiti & Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Bandaraya Ipoh 2035 (Pengubahan 2) ini, berlangsung dari 15 Oktober hingga 13 November 2026 di dua lokasi, iaitu Lobi MBI dan Lobi Tingkat 7, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Perak Darul Ridzuan.

Penganjuran program ini bertujuan memberi peluang kepada orang ramai untuk meneliti cadangan pengubahan rancangan tempatan serta mengemukakan pandangan dan maklum balas bagi menyokong pembangunan mampan di bandar raya Ipoh.

Orang ramai dijemput hadir ke lokasi pameran sepanjang tempoh program berlangsung, bermula jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang untuk mendapatkan maklumat lanjut dan menyampaikan pandangan demi pembangunan bandar raya yang lebih terancang dan sejahtera.

849509116 1557654976387017 6204229541426268359 N
852948078 1557654989720349 326409781796875165 N
853153320 1557654899720358 8142033046831114558 N
853759320 1557654939720354 906197336744773703 N
853877929 1557654923053689 8040567963935829984 N
WhatsApp Image 2026 10 16 At 142811
  • Hits: 15
mbir

Check out RadioTV BI Portal  and MBI Radio Facebook for DJ segment info
ipohse
  • Ipoh City Council, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Copyright © 2023 Ipoh City Council (MBI). Suitable for displaying using IE version 9 & above, Mozilla Firefox version 6.0 above and Google Chrome 13.0 above with a resolution of 1024 x 768 above. Update:16/10/2026| Visitors Count :
  • All 7255557