DATUK BANDAR RASMI PEMBUKAAN SESI PEMBENTANGAN FINALIS PERTANDINGAN IDEA KONSEP REKABENTUK CADANGAN MENAIKTARAF PASAR BESAR IPOH
20 Mei 2025 - Y.Bhg.Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh telah merasmikan Pembukaan Sesi Pembentangan Finalis Pertandingan Idea Konsep Rekabentuk Cadangan Menaiktaraf Pasar Besar Ipoh di UTC Perak pagi tadi.
Ia turut dihadiri oleh Tuan Ahmad Munir Bin Ishak, Setiausaha Bandaraya.
Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah memperoleh peruntukan keseluruhan sebanyak RM15 juta yang mana peruntukan pada tahun 2025 adalah sebanyak RM500 ribu daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi Cadangan Menaiktaraf Pasar Besar Ipoh.
Keperluan terkini daripada pihak KPKT telah menyarankan agar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengadakan pertandingan idea kosep reka bentuk bangunan bagi semua projek di bawah peruntukan KPKT yang bernilai RM10 juta dan ke atas.
Penganjuran pertandingan ini telah merujuk kepada keperluan dalam General Circular No.2/2005 (Revised 2008) Guidelines on Architectural Competition yang dikeluarkan oleh pihak Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) dan telah mendapat kelulusan pihak LAM pada 12 Mac 2025.
Pertandingan ini telah mula diiklan kan pada 17 Mac 2025 dan akan berakhir dengan pengumuman pemenang yang dijangka akan diadakan pada 27 Mei 2025, bersempena dengan Hari Ulang Tahun Bandar Raya Ipoh yang ke-37.
Pertandingan ini mensasarkan idea konsep reka bentuk pasar yang mesra pejalan kaki, memenuhi elemen kelestarian alam semula jadi dan kecekapan tenaga.
Dengan wajah baru pasar ini berhasrat dapat menarik lebih ramai pengunjung lagi bagi merasai keunikan di Pasar Besar Ipoh. Penganjuran pertandingan ini akan menjadi penanda aras bagi pertandingan projek yang akan datang.
Barisan Panel Juri yang dilantik pula terdiri daripada individu berwibawa, berpengalaman luas dan berkelayakan tinggi iaitu Tuan ‘Azman bin Mohd Harun, Pengarah Kanan (Teknikal) MBI selaku Ketua Panel Juri, Ts. Muhammad Syahril bin Sapiran, Pengarah Kawalan Pembangunan MBI, Ar. Adrianta Aziz, Presiden, Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM)I, Dr. Norshafina Ibrahim, Presiden, Malaysian Institute of Interior Design (MIID), Ar. Mohamad Nazli bin Ramli, Pengarah, Bahagian Perunding Kawalan Pemajuan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Ar. Badrul Hisham bin Mohamad Said, Prinsipal, Badrul Hisham Architect, Encik Wong Yuh Yao, Pegawai Tugas-Tugas Khas YBM KPKT, Clr. Encik Wong Kar Keat, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI dan Clr. Encik Lee Tze Hoo, Ahli Majlis, MBI.
Sesi penilaian awal dan saringan yang telah berlangsung pada 5 Mei 2025 lalu telah menyenarai pendek sebanyak 5 finalis yang akan membuat pembentangan kepada barisan Panel Juri pada hari ini.
Dengan penyertaan hebat daripada barisan finalis yang telah dipamerkan di lobi ibu pejabat Majlis Bandaraya Ipoh hari ini, diyakini matlamat penganjuran
pertandingan ini akan tercapai dengan jayanya.

- Hits: 104