DATUK BANDAR TURUN PADANG KE JABATAN TAMAN & LANDSKAP MBI
22 Mei 2025 - YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh telah turun padang ke Jabatan Taman & Landskap di Taman Rekreasi Gunung Lang pagi tadi.
Ia turut dihadiri oleh LAr. Mohd Nazim bin Mohamed Nor, Pengarah Landskap MBI.
Selain menyampaikan amanat, beliau turut beramah mesra dengan anggota Jabatan Taman dan Landskap MBI.
Pada masa yang sama, beliau turut diberikan taklimat mengenai operasi dan pengurusan Jabatan Taman dan Landskap oleh Pengarah Landskap MBI.
Dalam amanatnya, beliau mahu agar MBI kembali semula kepada tugas asal MBI iaitu melaksanakan kerja-kerja kebersihan khususnya sampah, longkang dan rumput, pencahayaan serta pengurusan taman dan rekreasi.
Beliau juga berharap warga MBI dapat membantu beliau untuk merealisasikan hasrat untuk menjadikan Ipoh sebuah Bandaraya Bestari Sejahtera.
Semoga program seumpama ini akan memberi semangat baru kepada warga MBI untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada wargakota Ipoh.

- Hits: 55