PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR IPOH – MEDAN BERJAYA, SASARAN TERCAPAI
Ipoh, 30 Jun 2025 – Program Pertukaran Pelajar Bandaraya Ipoh – Medan, Indonesia yang berlangsung dari 23 hingga 29 Jun 2025 telah dilaksanakan dengan jayanya, sekaligus mencapai semua sasaran yang ditetapkan.
Seramai 9 pelajar berumur 16 hingga 18 tahun bersama 2 orang Pegawai MBI, Cik Rosidah Sohami dan Cik Nur Amalina Harun selaku Pegawai Pengiring telah pulang dengan membawa pengalaman berharga selepas seminggu berada di Medan. Sepanjang program, para pelajar telah ditempatkan di SMA Al Azhar, Medan, dan tinggal bersama keluarga angkat yang menyediakan ruang untuk mereka mendalami budaya setempat secara lebih mendalam.
Melalui penglibatan ini, para pelajar bukan sahaja berpeluang mengikuti sesi pembelajaran di sekolah, tetapi turut terlibat dalam pelbagai aktiviti kebudayaan dan lawatan sambil belajar di sekitar Kota Medan. Kesemua peserta melahirkan rasa syukur kerana dapat merasai sendiri cara hidup masyarakat Indonesia, mempraktikkan komunikasi dalam suasana baharu, serta membina jaringan persahabatan dengan rakan sebaya di sana.
Menurut Pegawai Pengiring, program ini membuka minda pelajar untuk lebih menghargai kepelbagaian budaya, memupuk semangat hormat-menghormati serta meningkatkan keyakinan diri mereka dalam berinteraksi di peringkat antarabangsa.
Pengarah Komuniti Bandaraya, Encik Romzi Zamri, menyatakan bahawa kejayaan program ini membuktikan komitmen kedua-dua bandaraya berkembar dalam memperkukuh hubungan dua hala melalui pendidikan dan pertukaran budaya. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak Pemerintah Kota Medan dan semua keluarga angkat yang sudi menerima kehadiran pelajar-pelajar dari Ipoh dengan tangan terbuka.
Keseluruhannya, program ini mencapai matlamatnya untuk melahirkan generasi muda yang lebih terbuka, berpengetahuan global, dan bersedia menjadi duta kecil yang mengeratkan hubungan antara Ipoh dan Medan pada masa hadapan.

- Hits: 32