RETREAT MBI BERSAMA MEDIA DI LANGKAWI PERKUKUH HUBUNGAN STRATEGIK DAN JARINGAN PELANCONGAN
Langkawi, 21 September 2026 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) terus memperkukuh hubungan strategik bersama pengamal media serta pemain industri pelancongan menerusi penganjuran Retreat MBI Bersama Media di Langkawi, Kedah, yang berlangsung selama tiga hari mulai 20 hingga 22 September 2026.
Delegasi MBI bagi program berkenaan diketuai oleh Puan Faridah binti Abdul Aziz, Pengarah Korporat Bandaraya, Majlis Bandaraya Ipoh, yang turut menyempurnakan perasmian retreat tersebut.
Program berkenaan menghimpunkan pegawai MBI bersama pengamal media cetak, elektronik dan digital sebagai platform untuk mengeratkan hubungan, meningkatkan persefahaman serta memperkukuh kerjasama strategik antara pihak berkuasa tempatan dan media.
Antara pengisian utama retreat ialah Bengkel Bersama Media yang mengetengahkan topik Komunikasi Bertulis Efektif serta Penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) dalam Penulisan Berita, selaras dengan perkembangan teknologi dan landskap komunikasi semasa.
Menurut Puan Faridah, media merupakan antara rakan strategik terpenting MBI dalam membantu menyampaikan dasar, program, perkhidmatan serta maklumat kepada masyarakat dengan berkesan.
Dalam era komunikasi digital yang bergerak pantas, penyampaian maklumat yang cepat, tepat, telus dan berintegriti amat penting bagi memastikan masyarakat menerima maklumat yang sahih, selain memperkukuh keyakinan terhadap sistem penyampaian perkhidmatan awam.
Retreat tersebut turut dimanfaatkan untuk memperluas jaringan strategik dalam sektor pelancongan. Pada 20 September 2026, delegasi MBI menghadiri Majlis Makan Malam dan Sesi Ramah Mesra bersama Persatuan Penggiat Industri Pelancongan Langkawi serta Kelab Media Elit Kedah di Cenang Hill Beach Resort.
Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Encik Hisham bin Yem, Naib Presiden Persatuan Penggiat Industri Pelancongan Langkawi; Encik M. Hifzuddin bin Ikhsan, Wakil Kelab Media Elit Kedah; Encik Abd Razak bin Mohd Ali, Timbalan Pengerusi Persatuan Pengamal Media Perak; serta Encik M. Irwan Rafei, Pengurus Operasi Cenang Hill, selain penggiat industri pelancongan serta rakan-rakan media dari Kedah dan Perak.
Pada 21 September 2026 pula, delegasi MBI menghadiri Majlis Makan Malam bersama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) yang turut dihadiri oleh Encik Mohammad Shauqi bin Md Rezali, Pegawai Penerangan,Unit Khidmat Korporat LADA bersama barisan pengurusan agensi berkenaan.
Pertemuan dan sesi jaringan tersebut membuka ruang kepada perkongsian pengalaman serta pandangan berkaitan pembangunan destinasi, penjenamaan bandar, promosi pelancongan, komunikasi strategik dan kaedah memperkukuh kerjasama antara pihak berkuasa tempatan, agensi, pemain industri dan media.
MBI melihat terdapat pelbagai pengalaman serta amalan terbaik daripada pembangunan sektor pelancongan Langkawi yang boleh dipelajari dan disesuaikan mengikut kesesuaian Ipoh dalam usaha memperkukuh kedudukannya sebagai bandar raya pelancongan, warisan dan gastronomi serta destinasi pilihan pelancong domestik dan antarabangsa.
Selain sesi bengkel dan jaringan strategik, para peserta turut mengikuti lawatan ke beberapa lokasi sekitar Langkawi bagi melihat secara lebih dekat pendekatan pembangunan, pengurusan dan promosi destinasi pelancongan yang dilaksanakan.
MBI berharap hubungan yang terjalin menerusi retreat ini dapat diteruskan serta diterjemahkan kepada kerjasama yang lebih erat dalam bidang pelancongan, komunikasi strategik, perkongsian kepakaran, penjenamaan dan promosi bandar pada masa akan datang.
Penganjuran Retreat MBI Bersama Media ini sekali gus mencerminkan komitmen MBI untuk terus memperkukuh kolaborasi bersama media, agensi serta pemain industri sebagai rakan strategik dalam menyokong pembangunan bandar raya yang mampan, berdaya saing dan sejahtera, selaras dengan aspirasi Ipoh Bestari Sejahtera.

- Hits: 25