Pengumuman

SERTAI PERTANDINGAN INNORACE@IPOH TMP 2024 SEMPENA TAHUN MELAWAT PERAK 2024

  1. Penyertaan adalah terbuka kepada seluruh warganegara dan bukan warganegara Malaysia yang bermaustautin di Malaysia dan mestilah berumur 18 tahun dan ke atas serta fasih bertutur dan membaca dalam Bahasa Malaysia
  1. Setiap kumpulan perlu memuat naik salinan kad pengenalan/passport berpalang bagi setiap peserta. 
  1. Peserta yang menyertai pertandingan ini perlu sihat tubuh badan dan tidak menghidap sebarang penyakit yang kritikal. 
  1. Setiap pasukan perlulah terdiri daripada 3 orang ahli sahaja. 
  1. Penyertaan adalah terhad kepada 100 pasukan sahaja atau pasukan ke-100 yang mendaftar (first come first serve). 
  1. Peserta perlu mengimbas QR code untuk menyemak syarat pertandingan dan membuat pendaftaran atau layari portal rasmi Majlis Bandaraya Ipoh, mbi.gov.my. 
  1. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM300.00 setiap pasukan dan tindakan menarik diri akan menyebabkan yuran penyertaan tidak akan dikembalikan. 
  1. Pendaftaran awal (early bird) sebelum 8 November 2024 (Jumaat) adalah sebanyak RM250.00 setiap pasukan. 
  1. Bayaran bagi penyertaan hendaklah dibuat secara terus ke akaun  CIMB 80 0487270 9 (atas nama akaun PERSATUAN PEGAWAI KANAN MAJLIS BANDARAYA IPOH)

    Peserta perlu meletakkan maklumat seperti berikut;

    Ref - 1 Nama Kumpulan
    Ref - 2 INNORACE@IPOH TMP 2024
     ** Bukti pembayaran perlu di muat naik di dalam google form pendaftaran yang disediakan**
     ** Peserta perlu mengemukakan slip pembayaran sebagai bukti pembayaran semasa mengambil kit penyertaan** 
  1. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 22 November 2024 (Jumaat) sebelum jam 5.00 petang atau pasukan ke-100 yang mendaftar (first come first serve). 
  1. Sebarang pertanyaan lanjut berhubung pertandingan ini boleh menghubungi pihak urus setia pertandingan Bahagian Pengurusan Kualiti dan Penerbitan, Jabatan Perancangan Korporat di talian 05-208 3250 / 3650 atau boleh menghubungi menerusi nombor whatapps 019-410 5166.

 

 

mbir

Check out MBI Portal Radio  and MBI Radio Facebook for DJ segment info
ipohse
  • Ipoh City Council, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Copyright © 2023 Ipoh City Council (MBI). Suitable for displaying using IE version 9 & above, Mozilla Firefox version 6.0 above and Google Chrome 13.0 above with a resolution of 1024 x 768 above. Update:16/10/2024| Visitors Count :5103576