Pengumuman

PENGANJURAN BAZAR RAMADAN 2025M / 1446H MAJLIS BANDARAYA IPOH


Majlis Bandaraya Ipoh akan menganjurkan Bazar Ramadan 2025M / 1446H yang dijangka akan bermula pada awal bulan Mac 2025 nanti. Sebanyak 21 lokasi akan dibuka dengan anggaran sebanyak 1,390 petak niaga.

Persatuan Penjaja / Koperasi Penjaja, Agensi Swasta, Jawatankuasa Penduduk atau mana-mana pihak yang berminat boleh mengemukakan permohonan / mendapatkan borang permohonan di Jabatan Kesihatan Persekitaran di Tingkat 5 MBI. Permohonan boleh dibuat mulai 2 Disember 2024 hingga 13 Disember 2024. Senarai lokasi boleh dirujuk melalui iklan tawaran penganjuran Bazar Ramadan 2025 yang akan dikeluarkan mulai 29 November 2024.

Sekiranya sesuatu lokasi tersebut terdapat lebih daripada satu permohonan, MBI akan memilih permohonan yang berjaya berdasarkan kriteria penilaian dan pemilihan penganjur Bazar Ramadan yang ditetapkan oleh Majlis.

MBI juga menggalakkan penganjur Bazar Ramadan 2025 membuka lokasi lain selain lokasi yang dinyatakan dengan syarat permohonan dibuat dan mendapat kelulusan Majlis.

Penganjuran Bazar Ramadan 2025 diharap akan berjalan lancar serta dapat membuka ruang rezeki kepada golongan peniaga dan penjaja kecil di kawasan Bandaraya Ipoh.



mbir

Check out MBI Portal Radio  and MBI Radio Facebook for DJ segment info
ipohse
  • Ipoh City Council, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Copyright © 2023 Ipoh City Council (MBI). Suitable for displaying using IE version 9 & above, Mozilla Firefox version 6.0 above and Google Chrome 13.0 above with a resolution of 1024 x 768 above. Update:31/12/2024| Visitors Count :
  • All 5354692