Pengumuman

STATUS KEMAMPANAN BAGI JARINGAN PENUNJUK PEMBANGUNAN MAMPAN BANDAR LUAR – BANDAR MALAYSIA 2.0 (MURNInets 2.0) TAHUN 2023

  • Utama
  • Media Center
  • Pemberitahuan
  • STATUS KEMAMPANAN BAGI JARINGAN PENUNJUK PEMBANGUNAN MAMPAN BANDAR LUAR – BANDAR MALAYSIA 2.0 (MURNInets 2.0) TAHUN 2023
Status Kemampanan Bandar 2023 di Perak menunjukkan 13 PBT telah mendapat status Mampan termasuk Majlis Bandaraya Ipoh manakala 2 PBT lagi mendapat status Sederhana Mampan.

Majlis Bandaraya Ipoh juga telah melakar kejayaan apabila merangkul Anugerah Apresiasi Khas 2024 - Bandar Bahagia Mesra Usia sempena Majlis Sambutan Hari Kebahagian Sedunia Kebangsaan Tahun 2024 pada April lalu. Dengan kejayaan itu, MBI sekali gus menjadi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tunggal di negeri Perak menerima pengiktirafan berkenaan di bawah inisiatif Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Hasil penemuan yang diperolehi daripada analisis yang telah dilakukan pada tahun 2023 antaranya ialah :-

1. 8 indikator daripada 39 indikator telah mendapat skor sederhana mampan dan kurang mampan. Antaranya ialah:-

a. Sederhana Mampan
i. ST3 – P1 (PTS) : Penjanaan Sisa Pepejal Per Kapita;
ii. KT1 – P1 (LPHP) : Peratus Pencapaian Penyediaan Rumah Mampu Milik Mengikut Sasaran Negeri.

b. Kurang Mampan
i. ET1 – P1(DOSM) : Kadar Pertumbuhan Tenaga Buruh;
ii. KT3 – P4 (PKB) : Peratus Tandas Awam yang Mendapat Lima Bintang;
iii. IT1 – P1 (LAP) : Isipadu Penggunaan Air Domestik Harian Per Kapita;
iv. IT1 – P3 (LAP) : Pengurangan Kes Gangguan Bekalan Air;
v. IT1 – P5 (TNB) : Pengurangan Kes Gangguan Bekalan Elektrik;
vi. IT2 – P1 (PTS) : Kadar Kitar Semula Sisa Isi Rumah.

2. Peratus Tandas Awam Yang Mendapat Lima Bintang (KT3-P4) boleh dipertingkatkan dan diberi keutamaan kerana mendapat tahap kurang mampan.

3. Beberapa penunjuk di bawah dimensi 5 (Infrastruktur dan Pengangkutan Efisien) iaitu Isipadu Penggunaan Air Domestik Harian Per Kapita (IT1-P1), Pengurangan Kes Gangguan Bekalan Air (IT1-P3) , dan Pengurangan Kes Gangguan Bekalan Elektrik (IT1-P5) masih berada di tahap kurang mampan.

4. Kadar Kitar Semula Isi Rumah (IT2-P1) dan Peratus Penyediaan Rumah Mampu Milik (KT1-P1) perlu dipertingkatkan.

Untuk makluman, pada tahun 2024 sebanyak 28 indikator MURNInets telah dikekalkan dan 11 indikator MURNInets telah dimansuhkan serta 23 indikator SDGs telah ditambah di dalam program Penunjuk Kemampanan Bandar.

Gerbang Kemasukan Data ke dalam sistem pengumpulan maklumat yang disediakan oleh pihak PLANMalaysia telah ditutup pada 31 Julai 2024 yang lalu. Jangkaan keputusan akan diumumkan pada November 2024 pada Hari Perancang Bandar Sedunia 2024 akan datang.

Semoga Majlis Bandaraya Ipoh mengekalkan kategori Bandar Mampan bagi tahun 2024.
mbir

Check out MBI Portal Radio  and MBI Radio Facebook for DJ segment info
ipohse
  • Ipoh City Council, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Copyright © 2023 Ipoh City Council (MBI). Suitable for displaying using IE version 9 & above, Mozilla Firefox version 6.0 above and Google Chrome 13.0 above with a resolution of 1024 x 768 above. Update:16/10/2024| Visitors Count :5103576