Aktiviti & Berita

DATUK BANDAR IPOH TERIMA ANUGERAH KEHORMAT TAJ INTERNATIONAL COLLEGE (TIC)

18 Jun 2023-Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh menerima Anugerah Kehormat daripada Taj International College (TIC) sempena Majlis Konvokesyen Ke-10 TIC di Kelab Golf DiRaja Perak pagi tadi.

Penganugerahan ini diberikan atas jasa beliau mentadbir dan memajukan Bandaraya Ipoh ke arah Bestari Sejahtera melalui Pelan Perancangan Strategik MBI.

Ia turut dihadiri oleh Y.Bhg. Dato’ Sri Haji Tajuddin Bin Abdul Rahman, Pengasas TIC, Puan Tina Binti Dato’ Sri Haji Tajuddin Pengerusi Eksekutif TIC, Tuan Mohd Azad Bin Jasmi selaku Pengarah Eksekutif TIC dan Puan Aishah Binti Mohamad, Ketua Penolong Pengarah Kanan TVET, Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

Seramai 169 orang graduan TIC telah berjaya menamatkan pengajian dalam bidang masing-masing serta menerima sijil diploma dan sijil dalam Majlis Konvokesyen Ke-10 TIC.

Menurut Datuk Bandar dalam ucapannya berkata, kejayaan dan kegembiraan yang diperoleh di majlis konvokesyen bukan sahaja diraikan oleh para graduan malah kejayaan itu dikongsi bersama orang tersayang seperti ibu bapa dan individu yang bermakna dalam hidup setiap graduan. Kejayaan ini amat bermakna dan akan menjadi memori yang indah dalam kehidupan para graduan.

Beliau turut merakamkan ucapan syabas dan tahniah juga kepada TIC kerana telah berjaya mendidik para graduan serta berjaya melaksanakan Majlis Konvokesyen kali ke-10 yang gemilang ini.

Pada masa yang sama, beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada TAJ International College kerana menganugerahkan Anugerah KEHORMAT kepada beliau dalam majlis tersebut.

Untuk makluman, TAJ International College (TIC) dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) pernah menjalankan kerjasama dalam kolaborasi dalam smart education partnership iaitu belajar secara digital ketika waktu pandemik Covid-19. Hal ini sejajar dengan hala tuju pembangunan Pelan Perancangan Strategik MBI 2021 – 2030 berdasarkan tujuh (7) penanda aras iaitu pada Penanda aras yang ketiga, belajar secara digital iaitu Ipoh memiliki infrastruktur digital dan infrastruktur lain antara yang terbaik negara pada tahun 2027.

Kerjasama dalam Penanda aras yang keempat, Ipoh Bandar Pintar (Smart City) pada tahun 2030 telah banyak membantu pembelajaran para pelajar yang mana mereka perlu belajar secara atas talian ataupun ‘online’.

Kerajaan kini menekankan TVET di institusi-institusi pendidikan. TVET merupakan singkatan bagi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional.

TAJ International College pada tahun ini sudah mula menawarkan program-program berasaskan TVET yang digelar TVET Profesional bagi program-program terpilih.

Perkara ini amat baik kerana Ipoh merupakan bandaraya pendidikan berasaskan TVET. TVET merupakan proses pendidikan dan latihan yang mempunyai hala tuju pekerjaan dengan penekanan utama terhadap amalan industri.

MBI sendiri memandang serius perkara ini dan telah bersama-sama pelbagai agensi untuk menjayakan program transformasi kerjaya yang melibatkan TVET.

Secara tidak langsung, MBI akan membantu program TVET ini dengan menyediakan tempat-tempat dan lokasi-lokasi yang bersesuaian dalam menempatkan tenaga kerja untuk para pelajar IPT untuk menjalani latihan yang berkaitan TVET.

MBI turut menyediakan perancangan dan framework yang berkaitan dalam menggerakkan secara aktif berkaitan program TVET dalam membantu wargakota Ipoh.

Kerajaan komited untuk memperkasakan TVET khususnya di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.

MBI yakin akan melihat hasil daripada objektif TVET ini kerana ianya akan memberi laluan kerjaya yang lebih jelas dan terjamin untuk para graduan.

Semoga para graduan TIC akan terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

354453416 635899188562605 2097444569583596080 N
354577065 635899031895954 2715226346803597204 N
354592895 635899168562607 7974812742445465289 N
354592935 635899325229258 6806408343577056870 N
354603621 635899278562596 3912219043080605298 N
354629599 635899025229288 2139443133695080598 N
355031665 635899051895952 6187812524721547384 N
355087073 635899055229285 389481742343469913 N
355109065 635899191895938 1499161375339003581 N




mbir

Layari MBI Portal Radio  dan MBI Radio Facebook untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 13/12/2024.
  • Jumlah Pelawat 5321029