15 November 2024 - Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah menghadiri Persatuan Pelancongan Negeri Perak (PTA) Teh Tarik Meet petang tadi.
Ia telah mengumpulkan pemain-pemain industri pelancongan bersama wakil-wakil dari agensi kerajaan.
Usaha ini adalah baik dan harus diteruskan demi merapatkan perhubungan serta ‘networking’ di kalangan pemain-pemain industri pelancongan.
Perjumpaan anjuran PTA yang bermatlamat khusus untuk persediaan menyambut Tahun Melawat Malaysia 2026 amat tepat sekali.
Majlis Bandaraya Ipoh turut merancang untuk membuat persediaan di peringkat Majlis Bandaraya menggunakan tahun 2025 sebagai tahun persediaan .
Majlis Bandaraya Ipoh menyeru kepada semua pemain-pemain dalam industri pelancongan ini untuk berganding bahu serta berkolaborasi bagi merancang yang terbaik untuk bandaraya Ipoh khasnya dan negeri Perak amnya.
Dengan status 'Greater Ipoh', Majlis Bandaraya Ipoh kini dapat meluaskan penglibatannya yang merangkumi IPOH, KAMPAR, BATU GAJAH dan KUALA KANGSAR.
Melalui 'Greater Ipoh' ini juga, produk-produk pelancongan boleh diperkuaskan dan agensi-agensi pelancongan dapat menyediakan pakej-pakej pelancongan yang lebih menarik agar para pelancong tertarik untuk tinggal sekurang-kurangnya dua malam tiga hari.
Majlis Bandaraya Ipoh akan mengadakan siri perbincangan dengan semua pihak bagi menentukan peranan yang boleh dimain oleh kumpulan-kumpulan tertentu.
Semoga setiap pengusaha akan membuat stock taking produk masing-masing dan memperbaiki di mana perlu dipertingkatkan bagi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada para pelancong.