21 Mei 2023-Pameran & Karnival Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Perak sempena Tahun Melawat Ipoh 2023 & Sambutan Ulangtahun Bandaraya Ipoh ke-35 telah diadakan pada 20-21 Mei 2023 di Stadium Indera Mulia, Ipoh.
Tujuan penganjuran program ini adalah untuk menyemarakkan lagi promosi pelancongan di kalangan PBT Perak dengan memperkenalkan produk & makanan di setiap kawasan PBT.
Penampilan istimewa Perak Man yang dibawa khas dari Lenggong telah menarik minat pengunjung program ini.
Pertandingan Mewarna untuk kanak-kanak di semua peringkat usia dan persembahan kebudayaan turut diadakan untuk menyemarakkan lagi sambutan program ini.
Sejumlah 15 PBT di negeri Perak telah mengambil bahagian termasuk MBI dan Tourism Perak.
Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya telah merasmikan penutupan program ini petang tadi.
Ia turut dihadiri oleh Y.Bhg. Clr. Dato' Mazlan bin Abd. Rahman, Clr. Encik Wong Kar Keat, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Ahli Majlis, Pengarah Kanan & Ketua Jabatan MBI.
Program ini diharap akan menceriakan lagi Tahun Melawat Ipoh 2023 & Sambutan Ulangtahun Bandar Raya Ipoh ke -35.