Mengenai Kami

Profil Datuk Bandar

Dato’ Rumaizi bin Baharin @ Md Daud telah dilantik sebagai Datuk Bandar Ipoh pada 1 April 2020. Dilahirkan pada 17 April 1975 di Ipoh, Perak. Beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Pembangunan Luar Bandar pada 1 April 2000.

Beliau mula berkhidmat di negeri Perak pada 15 April 2003 sebagai Penolong Pengarah di Pejabat Tanah dan Galian dan seterusnya sebagai Setiausaha Sulit Kanan Kepada YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan pada 16 November 2009 dan Setiausaha Bahagian Dewan Negeri Perak Dan MMK, Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perak pada 1 Februari 2010.

Beliau berkelulusan Sijil Premier Business Management dari Harvard Business School, Ijazah Sarjana Sains Pembangunan & Pentadbiran Tanah dari Universiti Teknologi Malaysia, Diploma Pengurusan Awam (INTAN) dan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) dari Universiti Utara Malaysia.

Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik sebagai Datuk Bandar Ipoh ialah sebagai Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Perak pada 27 Mac 2017.

mbir

Layari MBI Portal Radio  dan MBI Radio Facebook untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 03/07/2024 | Jumlah Pelawat : 5102306