Pengumuman

MAKLUMAN BANTAHAN CUKAI TAKSIRAN



Pemilik harta boleh mengemukakan bantahan sekiranya tidak berpuas hati dengan Cukai Taksiran baharu yang dicadangkan.

Ini adalah selaras dengan Seksyen 142 (1) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)

Pemilik boleh mengemukakan bantahan secara bertulis kepada :

            Pengarah Penilaian Bandaraya,
            Jabatan Penilaian dan Hartanah,
            Majlis Bandaraya Ipoh,
            Jalan Sultan Abdul Jalil,
            Greentown, 30450 Ipoh,
            Perak Darul Ridzuan

Tarikh akhir membuat bantahan : 22 November 2024

Jabatan akan menjalankan siasatan ke atas semua surat bantahan yang diterima dan pembantah akan dipanggil menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pegangan Berkadar dan Pendengaran Bantahan Cukai Taksiran.

Pembantah boleh memberi surat kuasa kepada wakil untuk menghadiri sesi tersebut.

Pembantah atau wakil boleh mengemukakan alasan – alasan bantahan dalam sesi tersebut.

Jawatankuasa yang terdiri daripada Ahli - Ahli Majlis MBI akan mendengar, membincang dan menimbang alasan – alasan yang dikemukakan sebelum membuat keputusan.

Keputusan akan dimaklumkan kepada pembantah melalui surat rasmi 7 hari selepas sesi bantahan.




mbir

Layari MBI Portal Radio  dan MBI Radio Facebook untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 30/10/2024.
  • Jumlah Pelawat 5199018