Pengumuman

EKONOMI DONAT IPOH TERIMA ANUGERAH TINJAUAN KEHORMAT UN-HABITAT 2024

Ipoh, Malaysia, 27 Ogos 2024 – Program Ekonomi Donat Ipoh, berdasarkan sembilan prinsip DEAL, telah memenangi Anugerah Tinjauan Kehormat UN-Habitat 2024 atas usahanya untuk mengubah Ipoh menjadi "Bandar Donat" regeneratif yang berfokus pada kesihatan, alam sekitar, dan pembangunan mampan. Ini merupakan kali ketiga Malaysia menerima anugerah ini.

Dilancarkan pada Mac 2023 dengan geran daripada Yayasan Hasanah, projek ini adalah kerjasama antara Pusat Kesihatan Planetari Sunway Universiti (SCPH), Institut Darul Ridzuan (IDR), People of Remarkable Talent (PORT), dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Anugerah Tinjauan Kehormat UN-Habitat, yang mengiktiraf kecemerlangan dalam pembangunan bandar, akan disampaikan pada acara "Beyond the 2030 Agenda" di Queretaro, Mexico (8-10 Oktober 2024). Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Haji Rumaizi, dan Ketua Pegawai Eksekutif iDEC, Dr. Zulqarnain, dijangka akan menerima anugerah ini bagi pihak projek.

Dato’ Haji Rumaizi berkata, “Kepentingan pencapaian ini terletak bukan sahaja pada anugerah itu sendiri, tetapi dalam pengiktirafan komitmen bersama kami untuk mengubah Ipoh menjadi sebuah bandar yang mampan, inklusif, dan berdaya tahan. Ia mencerminkan impak yang kuat dalam menerepkan model Ekonomi Donat, yang mengintegrasikan dimensi ekonomi, sosial, dan alam sekitar untuk mencapai laluan pembangunan yang seimbang dan mampan. Kerja kami menjadi bukti bagaimana bandar-bandar, apabila dibimbing oleh rangka kerja inovatif, boleh berkembang dalam batas ekologi sambil meningkatkan kesejahteraan komuniti mereka. Kami berhasrat untuk terus berusaha dalam menyelaraskan pembangunan kami dengan had ekologi sambil memperkukuhkan asas sosial komuniti Ipoh. Kami komited untuk memajukan usaha ini, memanfaatkan prinsip Ekonomi Donat, untuk mencipta masa depan yang lebih hijau dan inklusif untuk Ipoh dan seterusnya.”

Walaupun MBI telah mengetuai projek ini, menguruskan persediaan asas dan mewujudkan landasan untuk inisiatif Ekonomi Donat Ipoh, Sunway Universiti juga dengan bangga berkhidmat sebagai rakan kongsi pengetahuan utama dan berasa bangga dengan pencapaian ini. Prof Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood menyatakan bahawa, “Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan Sunway Universiti terhadap kesihatan planetari dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) serta menonjolkan dedikasi universiti untuk menjadi 'Kampus Dengan Kesedaran,' yang secara aktif memacu penyelesaian mampan dan memupuk warganegara global yang bertanggungjawab.”

Datuk Bandar mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim, Menteri Besar Perak, YAB Dato' Seri Saarani Bin Mohamad, dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Tuan Nga Kor Ming, atas sokongan dan sumbangan mereka yang amat berharga. Komitmen dan dedikasi mereka telah memainkan peranan penting dalam memajukan inisiatif bandar ini dan memastikan kejayaan projek-projek ini. Datuk Bandar sangat menghargai kerjasama berterusan mereka dan berharap untuk mempertingkatkan usaha kolaboratif di masa hadapan.

Selaras dengan matlamat FLAGSHIP 15 dalam Rancangan Perak Sejahtera 2030, MBI memperkukuhkan komitmennya untuk memperkukuhkan kerjasama dengan pihak berkepentingan untuk membina Ipoh yang berdaya tahan, sihat, dan mampan. Ipoh berhasrat untuk menjadi contoh perintis bagi bandar-bandar lain di Malaysia dan ASEAN dalam mengadaptasi model pembangunan bandar yang regeneratif dan mampan.

mbir

Layari MBI Portal Radio  dan MBI Radio Facebook untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 01/10/2024 | Jumlah Pelawat : 5101808