Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan membuat penutupan bekalan kuasa bilik server Majlis untuk memberi laluan kepada kerja-kerja Menaiktaraf Papan Agihan Utama di MBI.
📅 Tarikh: 18 Julai 2025 (Jumaat) hingga 20 Julai 2025 (Ahad)
🕘 Masa: bermula jam 6 petang, 18 Julai 2025 (Jumaat) sehingga selesai - 20 Julai 2025 (Ahad) jam 11.59 malam.
📍 Lokasi terlibat: Ibu Pejabat Majlis Bandaraya Ipoh.
Sehubungan dengan itu, semua sistem dalam talian (online) MBI seperti sistem pembayaran atas talian, sistem tiket di kaunter-kaunter MBI, sistem MyAduan@MBI serta aplikasi berkaitan tidak akan dapat diakses sepanjang tempoh tersebut.
Orang awam adalah dinasihatkan untuk merancang urusan lebih awal atau menangguhkan sebarang transaksi atas talian kepada waktu selepas kerja-kerja penyelenggaraan selesai.
Segala kesulitan amat dikesali.
