Pengumuman

MBI PBT PERTAMA MALAYSIA MENGORAK LANGKAH SEDIA STRATEGI PEMBANTERASAN RASUAH MAJLIS BANDARAYA IPOH (ICCACS)

29 Oktober 2024 - MBI menjadi PBT pertama di Malaysia yang mengorak langkah menyediakan Strategi Pembanterasan Rasuah Majlis Bandaraya Ipoh (ICCACS) selaras dengan Amanat YAB Perdana Menteri yang telah melancarkan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028 yang memberi fokus terhadap keberkesanan usaha pencegahan rasuah, selain meningkatkan tatakelola dan integriti dalam pentadbiran perkhidmatan awam.

Ia telah dilancarkan oleh Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh di Dewan Mesyuarat MBI pagi tadi.

Ia turut dihadiri oleh Yang Dihormati Dato' TPJ Ahmad Sabri Bin Mohamed, Pengarah SPRM Perak,Tuan Mohd Azraie bin Harun
Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Ahli Majlis MBI, Tuan Haji Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya, Pengarah Kanan dan Ketua Jabatan MBI.

Dalam ucapan pelancaran, Datuk Bandar berharap semua warga kerja MBI komited mendukung aspirasi tersebut bagi memastikan Malaysia menjadi sebuah negara yang bebas rasuah. Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan di atas kerjasama semua pihak terutamanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SUK) kerana memberi keizinan untuk membangunkan ICCACS ini serta terima kasih buat pihak Konsultan atas bimbingan dan sokongan serta komitmen dan kesungguhan setiap Jabatan di Majlis Bandaraya Ipoh dalam memastikan ketelusan dan keberkesanan perkhidmatan tidak pernah luntur dan akan terus diamalkan agar objektif MBI dapat dicapai.

ICCACS ini dibangunkan sebagai salah satu usaha ke arah membudayakan integriti di kalangan warga MBI dalam penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

ICCACS dirangka dengan Visi ‘’Menjadikan Majlis Bandaraya Ipoh Sebagai Sebuah Organisasi Yang Unggul Melalui Pengamalan Tatakelola Yang Cemerlang, Berintegriti dan Bebas Rasuah’’ dengan Misi Memperkasakan Kualiti Perkhidmatan Majlis Bandaraya Ipoh Melalui Amalan Tatakelola Yang Terbaik dan Budaya Kerja Yang Berintegriti’’ berdasarkan 6 Strategik Teras iaitu Tatakelola, Khidmat Pengurusan, Perkhidmatan, Perancang dan Pembangunan Bandaraya, Kewangan dan Perolehan serta Penguatkuasaan dan 77 Substrategik telah dibangunkan oleh Ahli-Ahli Jawatankuasa yang perlu dilaksanakan dalam usaha untuk mencapai matlamat ICCACS.

Warga Majlis sentiasa mengambil berat isu berkaitan rasuah. Pelbagai aktiviti telah dirancangkan dan dilaksanakan oleh Pengurusan Majlis. MBI juga dikenali sebagai salah satu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang dikenali dengan tahap integriti yang tinggi dan bukan popular kerana rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Perlu difahami bahawa salah guna kuasa pula berlaku apabila seseorang individu menggunakan kedudukannya dalam membuat keputusan di mana dia, saudara atau sekutunya mempunyai kepentingan. Ia juga sebenarnya merupakan perbuatan rasuah yang perlu ditolak dan dicela. Ingin saya tegaskan di sini, Majlis tidak akan sesekali melindungi mana-mana pihak yang terlibat dengan sebarang aktiviti penipuan rasuah.

Sebarang bentuk ketirisan wang awam yang disebabkan oleh perlakuan rasuah akan dihentikan serta-merta dan tindakan tegas berlandaskan undang-undang akan diambil. Bukan itu sahaja, Majlis juga tidak akan berkompromi dengan pelaku-pelaku dan akan memberi kerjasama penuh kepada pihak Berkuasa supaya sesiapa yang didapati bersalah, perlu menerima hukuman yang setimpal dengan perbuatannya.

Semoga Pelancaran ICCACS Tahun 2025 – 2029 ini bakal mewujudkan satu budaya kerja yang berintegriti dan beretika kepada warga kerja MBI dan perancangan seumpama ini hendaklah dilaksanakan dengan komitmen yang tinggi di semua peringkat bagi memastikan ianya tidak hanya sekadar teori semata-mata, tetapi memberi impak yang besar kepada penampaian perkhidmatan Majlis.

IMG 20241029 WA0027
IMG 20241029 WA0028
IMG 20241029 WA0029
IMG 20241029 WA0030
IMG 20241029 WA0031
IMG 20241029 WA0032
IMG 20241029 WA0033
IMG 20241029 WA0034
IMG 20241029 WA0035
IMG 20241029 WA0036
IMG 20241029 WA0037
IMG 20241029 WA0038







mbir

Layari MBI Portal Radio  dan MBI Radio Facebook untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 19/11/2024.
  • Jumlah Pelawat 5253955