MBI TAWAR PENGURANGAN KADAR KOMPAUN LALU LINTAS MBI SEBANYAK 50% MULAI 13 MEI 2024 SEHINGGA 12 JUN 2024
Sempena Sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Ipoh yang ke-36, MBI akan menawarkan pengurangan kadar kompaun lalu lintas MBI kepada wargakota sebanyak 50% bayaran secara atas talian (D-MBI & Park@Perak) & kaunter bayaran MBI.
Tempoh pembayaran pengurangan kadar kompaun ini akan dilaksanakan bermula 13 Mei 2024 sehingga 12 Jun 2024.