Dengan hanya membuat bayaran setahun tanpa tunggakan Bil Cukai Taksiran Majlis Bandaraya Ipoh 2025 secara dalam talian iaitu melalui Portal rasmi MBI (DMBI), PBTPay, Jompay dan juga perbankan internet anda layak menyertai Cabutan bertuah bulan November dan Disember 2024.
Pihak majlis menawarkan 10 hadiah digital dengan jumlah keseluruhan RM 10,000 untuk dimenangi. Tertakluk pada terma & syarat.
Cepat dan segera jelaskan bil anda agar tidak terlepas peluang menarik ini mulai 1 November 2024.
Bagi semakan dan bayaran cukai taksiran, orang ramai boleh melayari portal rasmi DMBI di
https://d.mbi.gov.my. Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi 05 208 3481/3249.