Pengumuman

MAKLUMAN NOTIS SENARAI NILAIAN BAHARU



>>> SOALAN LAZIM (FAQ) BERKENAAN NOTIS SENARAI NILAIAN BAHARU DAN CUKAI TAKSIRAN ANDA <<<

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah mengedarkan Notis Senarai Nilaian baharu kepada semua pemilik harta dalam kawasan pentadbiran MBI bagi tujuan pemakluman berkenaan suatu Senarai Nilaian baharu telah mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Negeri bagi menggantikan Senarai Nilaian sedia ada selaras dengan Seksyen 137 (3) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)

Dalam hal ini, kali terakhir MBI menyediakan Senarai Nilaian baharu adalah pada tahun 1982 iaitu kira – kira 42 tahun yang lalu.

Penilaian Semula adalah proses pihak berkuasa tempatan mengkaji dan menilai semula Cukai Taksiran yang telah dikenakan kepada pemilik harta supaya nilaian baharu tersebut akan lebih ADIL, SAKSAMA dan memberikan kemampuan kepada pihak berkuasa untuk membayar, meguruskan perkhidmatan bandaraya dan kesihatan persekitaran.

Pemilik harta atau wakil yang dilantik boleh menyemak Senarai Nilaian baharu yang dipamerkan Ibu Pejabat Majlis Bandaraya Ipoh mulai 24 Oktober 2024 pada waktu pejabat.

Contoh pengiraan Nilaian Bangunan :

Luas Bangunan         X Kadar/smp. = Sewa Kasar sebulan

Sewa Kasar sebulan X 12 bulan      = Nilai Tahunan

Nilai Tahunan X kadar % cukai        = Cukai Taksiran

 

Contoh pengiraan Tanah Kosong :

Luas Tanah    X Kadar/smp.           = Nilai Pasaran

Nilai Psaran   X 5%                         = Nilai Tahunan

Nilai Tahunan X kadar % cukai       = Cukai Taksiran

 

Sekiranya pemilik harta telah membayar keseluruhan cukai taksiran bagi tahun 2025, pemilik hanya perlu menjelaskan jumlah perbezaan di antara cukai lama dan cukai baharu.

Mana – mana pemilik harta yang tidak bersetuju dengan Nilai Tahunan baharu bolehlah membuat bantahan / rayuan secara bertulis kepada ;

Pengarah Penilaian Bandaraya,
Jabatan Penilaian dan Hartanah,
Majlis Bandaraya Ipoh,
Jalan Sultan Abdul Jalil,
Greentown, 30450 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.

Tarikh akhir membuat bantahan : 22 November 2024


mbir

Layari MBI Portal Radio  dan MBI Radio Facebook untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 13/12/2024.
  • Jumlah Pelawat 5324822