Pengumuman

PENGIKTIRAFAN BANDARAYA IPOH SEBAGAI RANGKAIAN BANDAR KREATIF UNESCO DALAM BIDANG MUZIK (IPOH CITY OF MUSIC)

Bagaimanakah kehidupan tanpa irama dan ritma muzik ? Pada setiap tahun, masyarakat di seluruh dunia digalakkan untuk menyambut Hari Muzik Sedunia bagi pendedahan terhadap kepentingan muzik sebagai terapi dalam kehidupan seharian. Muzik meningkatkan semangat kemasyarakatan di kalangan penggiat seni tanah air.

Sempena memperingati Hari Muzik Sedunia, pihak MBI ingin mengambil peluang sekali lagi untuk mengumumkan pengiktirafan Bandaraya Ipoh sebagai rangkaian bandar kreatif UNESCO dalam bidang muzik (Ipoh City Of Music). Ipoh kini diiktiraf sebagai satu daripada 55 bandar baharu yang menyertai UCCN di atas komitmen penuh dalam memartabatkan budaya dan kreativiti muzik.

Bandaraya Ipoh dijemput untuk menyertai Persidangan Tahunan UCCN 2024 di Braga, Portugal dari 1 hingga 5 Julai yang membawakan tema "Bringing Youth to the table for the next decade".

mbir

Layari MBI Portal Radio  dan MBI Radio Facebook untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 16/07/2024 | Jumlah Pelawat : 5103324