Pengumuman

PENUTUPAN SEMENTARA SEBAHAGIAN JALAN BERCHAM BAGI PELAKSANAAN KERJA NAIKTARAF SISTEM SALIRAN BAGI TUJUAN MITIGASI BANJIR

  • Utama
  • Pusat Media
  • Pemberitahuan
  • PENUTUPAN SEMENTARA SEBAHAGIAN JALAN BERCHAM BAGI PELAKSANAAN KERJA NAIKTARAF SISTEM SALIRAN BAGI TUJUAN MITIGASI BANJIR
Ipoh, 21 April 2026 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) ingin memaklumkan bahawa sebahagian Jalan Bercham akan ditutup sementara bagi memberi laluan kepada pelaksanaan kerja-kerja naiktaraf sistem saliran bagi tujuan mitigasi banjir di Kawasan Industri Bercham, Jalan Bercham, Ipoh.

Pelaksanaan projek ini adalah susulan kejadian banjir kilat yang kerap berlaku di kawasan berkenaan akibat sistem saliran sedia ada yang tidak lagi mampu menampung aliran air, khususnya ketika hujan lebat.

Penutupan sementara jalan ini diperlukan bagi membolehkan kerja pemasangan longkang kelubung kekotak yang melintasi Jalan Bercham dilaksanakan, di samping mengambil kira risiko berkaitan banyak utiliti utiliti utama sedia iaitu GAS Malaysia, TNB, LAP, Telekom dan Maxis yang terdapat di kawasan pembinaan.

Bagi memastikan aliran trafik terus terkawal dan keselamatan pengguna jalan raya terpelihara, lencongan trafik akan dilaksanakan secara berperingkat dan terancang.

Pengguna jalan raya yang menghala ke Pekan Bercham akan dilencongkan melalui Jalan Hala Industri Bercham 1, Hala Industri Bercham 2 dan Persiaran Bercham Utara 11. Sementara itu, trafik yang menghala ke Tambun akan menggunakan jalan sementara yang dibina di kawasan tapak projek.

Langkah ini diambil bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas serta memastikan kelancaran pergerakan sepanjang tempoh pelaksanaan kerja.

Penutupan jalan ini di rancang untuk bermula pada 1 May 2026 dan akan mengambil masa sekitar 45 hari untuk di siapkan pada tarikha jangkaan sekitar 15 Jun 2026.

Sehubungan itu, Majlis Bandaraya Ipoh memohon kerjasama, perhatian dan kesabaran orang ramai sepanjang tempoh pelaksanaan projek ini.

Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati, mematuhi papan tanda sementara, arahan petugas di lokasi, serta merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Majlis Bandaraya Ipoh memohon maaf di atas segala kesulitan yang terpaksa di hadapi dan berharap masyarakat sekitar dan pengguna jalan raya memahami pelaksaan projke ini demi kemaslahatan awam.

Pihak MBI juga komited untuk memastikan projek ini dapat disiapkan dengan selamat, berkesan dan mengikut jadual, khususnya dalam usaha menangani isu banjir kilat di sekitar Jalan Bercham dan kawasan sekitarnya.

mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 06/06/2026.
  • Jumlah Pelawat 6556146