Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) kini memperkenalkan kemudahan Permohonan Pindah Milik Pegangan Berkadar (Borang I) secara sepenuhnya atas talian menerusi pautan rasmi berikut:
🌐
https://d.mbi.gov.myInisiatif ini dibangunkan bagi meningkatkan kecekapan, ketelusan dan keselesaan kepada pemohon tanpa perlu hadir secara fizikal ke kaunter MBI.
Langkah ini juga merupakan antara usaha proaktif MBI dalam merealisasikan pendigitalan perkhidmatan ke arah menjadikan Ipoh sebagai Bandaraya Pintar dan Mampan.
