Pengumuman

PROGRAM JUALAN MURAH SEMPENA ULANG TAHUN BANDARAYA IPOH KE-38

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan sukacitanya memaklumkan bahawa Program Jualan Murah Sempena Sambutan Ulang Tahun Bandaraya Ipoh Ke-38 akan diadakan bermula 26 Jun 2026 hingga 3 Julai 2026.

Program ini dianjurkan sebagai salah satu inisiatif bagi membantu meringankan kos sara hidup warga kota dengan menawarkan pelbagai barangan keperluan harian dan produk terpilih pada harga yang lebih berpatutan. Antara pasaraya yang mengambil bahagian dalam program ini ialah :

1. The Store (Malaysia) Sdn Bhd
2. ⁠Billion Shopping Centre Sdn Bhd
3. ⁠Mydin Mohamed Holdings Berhad
4. ⁠Econsave Cary & Cash Sdn Bhd
5. ⁠Cold Storage
6. ⁠ HTM Pharmacy
7. ⁠Pasaraya Longwan Sdn Bhd

Sepanjang tempoh program berlangsung, orang ramai berpeluang menikmati pelbagai tawaran dan promosi menarik yang disediakan oleh pasaraya-pasaraya terlibat dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh.

Sehubungan itu, seluruh warga Ipoh dan kawasan sekitarnya dijemput untuk bersama-sama memanfaatkan peluang ini serta memeriahkan Program Jualan Murah Sempena Sambutan Ulang Tahun Bandaraya Ipoh Ke-38.


mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 16/06/2026.
  • Jumlah Pelawat 6776944