Perpustakaan Tun Razak akan mengadakan program My Love PTR – Cerita Ipoh (Sempena Ulang Tahun Bandaraya Ipoh Ke- 37) selama 3 hari bermula pada 29 Mei hingga 31 Mei 2025 di Perpustakaan Tun Razak.
Pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti Jualan Buku, Pameran Warisan, Pertandingan Mewarna Katagori 9 tahun, 10 tahun, dan 12 tahun Kebawah, dan Pertandingan Fotografi yang bertemakan Makanan & Minumam Ikonik di Ipoh (Food Photography).
Persatuan Warisan Perak telah mengadakan Pameran Warisan manakala Persatuan ASFON Perak pula menguruskan pertandingan fotografi.
Program ini bertujuan untuk menggalakkan anak-anak serta orang awam dari pelbagai peringkat umur dan berbilang kaum untuk menyertai aktiviti di Perpustakaan Tun Razak.
Penganjuran program seperti ini diharap dapat menarik minat orang awam untuk lebih mengenali Bandaraya Ipoh amnya dan menjadikan Perpustakaan Tun Razak sebagai gedung ilmu untuk dikunjungi.
