Program Cabutan Bertuah Cukai Taksiran di Majlis Bandaraya Ipoh ini telah dilaksanakan beberapa tahun yang lalu. Sejak diperkenalkan, pembayaran setahun Bil Cukai Taksiran telah meningkat tahun demi tahun.
Peningkatan yang berlaku ini adalah tanda-tanda positif wargakota menyambut baik pembayaran Setahun Bil Cukai Taksir dan seterusnya Cabutan Bertuah yang dijalankan oleh pihak Majlis Bandaraya Ipoh.
Pemberian hadiah-hadiah hebat dalam program cabutan bertuah ini juga adalah sebagai tanda penghargaan dan terima kasih pihak Majlis kepada pembayar-pembayar cukai yang melaksanakan tanggungjawab mereka kepada Bandaraya Ipoh.
Pada tahun 2024, wargakota perlu membuat bayaran Cukai Taksiran setahun dan tanpa tunggakan dimana-mana saluran pembayaran MBI serta memuat turun aplikasi DMBI dan mendaftar sebagai pengguna bagi melayakkan untuk menyertai Cabutan Bertuah Tahun 2024 yang menawarkan hadiah-hadiah yang menarik terdiri 30 hadiah utama iaitu sebuah kereta Produa Axia 1.0 E (MT), 4 buah motorsikal 110cc, Smart TV 65 inci dan beberapa barangan kelengkapan rumah/barangan digital yang sangat menarik serta 200 saguhati wang tunai berjumlah keseluruhan bernilai RM 99,000.00.
Aplikasi DMBIini boleh dimuat turun di platform Google Play dan Apps Store. Kesemua saluran pembayaran yang boleh dibuat adalah seperti di Kaunter Pembayaran Majlis Bandaraya Ipoh, Kaunter Pejabat Pos, Kaunter PBT Perak serta pembayaran atas talian iaitu pembayaran melalui laman sesawang MBI di alamat www.mbi.gov.my (D-MBi@iPOH), PBTPay, Jompay dan juga perbankan internet.
Ini merupakan langkah untuk menggalakkan wargakota membuat pembayaran tanpa perlu hadir ke kaunter tetapi masih boleh menyertai Cabutan Bertuah. Bagi pembayar awal Cukai Taksiran Tahun 2024 pula, pihak Majlis menyediakan rebat bayaran sehingga RM 5.00 untuk 20,000 pembayar awal tertakluk pada terma dan syarat.
Wargakota dinasihatkan supaya membuat pembayaran dengan segera jika ingin menikmati peluang menyertai Cabutan Bertuah Tahun 2024 kerana ianya akan berakhir pada 28 Februari 2024.