Pengumuman

SEMAK JADUAL KUTIPAN SAMPAH PUKAL SEMPENA MUSIM PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI 2025 AKAN BERMULA PADA 19 MAC 2025 HINGGA 28 MAC 2025 SELAMA 8 HARI

  • Utama
  • Pusat Media
  • Pemberitahuan
  • SEMAK JADUAL KUTIPAN SAMPAH PUKAL SEMPENA MUSIM PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI 2025 AKAN BERMULA PADA 19 MAC 2025 HINGGA 28 MAC 2025 SELAMA 8 HARI
PERKHIDMATAN KUTIPAN SAMPAH PUKAL SEMPENA MUSIM PERAYAAN HARI RAYA PUASA BERMULA 19 MAC 2025 HINGGA 21 MAC 2025 DAN 24 MAC HINGGA 28 MAC 2025.

Pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menyediakan Jadual Perkhidmatan Kutipan Sampah Pukal Sempena Musim Perayaan Hari Raya Puasa di seluruh kawasan pentadbiran Majlis. Kutipan Sampah Pukal Sempena Musim Perayaan Hari Raya Puasa ini akan dijalankan selama 8 Hari melibatkan taman – taman yang diduduki atau didiami oleh majoriti penduduk Melayu Islam. Sebanyak 19 Lori terbuka akan menjalankan kutipan sampah pukal mengikut jadual yang ditetapkan.

Jadual kutipan akan bermula pada 19 MAC 2025 HINGGA 21 MAC 2025 DAN 24 MAC HINGGA 28 MAC. Pihak majlis memohon kerjasama semua pihak supaya mengikuti jadual yang telah ditetapkan oleh pihak majlis. Sekiranya warga kota yang memerlukan perkhidmatan kutipan sampah pukal diluar daripada jadual yang telah ditetapkan boleh menghubungi pihak Majlis dan kutipan akan dijalankan secara berperingkat.

Bagi perabut-perabut, tuan punya hendaklah memecahkannya terlebih dahulu kepada kepingan yang kecil serta disusun dan diikat dengan kuat. Pihak Majlis tidak akan mengambil atau memungut tungkul – tungkul pokok serta sisa binaan. Penduduk hanya dibenarkan mengeluarkan sampah pukal mereka sehari sebelum jadual kutipan dijalankan.

Warga kota boleh menghubungi pihak majlis sekiranya terdapat sebarang pertanyaan melalui nombor 05-2411022.


mbir

Layari MBI Portal Radio  dan MBI Radio Facebook untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 28/03/2025.
  • Jumlah Pelawat 5574372