Pengumuman

SERTAI IPOH CITY VETERAN 2024 (9A - Side Football Carnival)


Majlis Bandaraya Ipoh akan menganjurkan Karnival Bola sepak Veteran 9 Sebelah bagi kali yang ke-10 pada 24 Mei 2024 – 26 Mei 2024 (Jumaat hingga Ahad) di Padang Ipoh, Taman D.R dan Stadium Perak di Bandaraya Ipoh.

Tempoh

Karnival ini akan berlangsung selama 3 hari bermula pada 24 Mei 2024 – 26 Mei 2023 (Jumaat – Ahad).

Peraturan

Pertandingan ini akan berlangsung berpandukan kepada undang-undang yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola sepak Antarabangsa (FIFA) dan peraturan yang terdapat dalam buku ini.

Insuran

Pasukan-pasukan yang bertanding perlu memastikan bahawa perlindungan insurans bagi semua kecederaan dan sebagainya adalah menjadi tanggungjawab peserta. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan, kehilangan ataupun kerosakan yang dihadapi peserta selama karnival ini berlangsung. Sehubungan dengan ini, pengurus-pengurus pasukan dikehendaki menandatangani Borang Melepas Tanggungjawab yang akan diberikan sebelum pertandingan bermula. Borang ini hendaklah diserahkan kepada pihak Urusetia karnival sebelum perlawanan pertama dijalankan.

Majlis Taklimat

Satu majlis taklimat yang perlu dihadiri oleh pengurus dan ketua pasukan sahaja ataupun dua orang wakil yang sah dari pasukan yang bertanding akan diadakan pada 23 Mei 2024 (Khamis) pada pukul 8.30 malam di Stadium Perak.

mbir

Layari MBI Portal Radio  dan MBI Radio Facebook untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 16/07/2024 | Jumlah Pelawat : 5103324