24h November 2024- YB Teh Kok Lim, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau dan Geopark Negeri Perak telah menghadiri Program Ipoh Low Carbon Day (ILCD) ke-75 pagi tadi. Ia turut dihadiri oleh Tuan Haji Ahmad Munir bim Ishak, Setiausaha Bandaraya, Ahli Majlis dan Ketua Jabatan MBI.
Acara utama program tersebut adalah Pelancaran Hari Rendah Karbon Sedunia Peringkat Negeri Perak dan acara larian Visit Perak Fun Run 2024 Vol.3.
Hari Rendah Karbon Sedunia yang jatuh pada tanggal 21 September telah disambut diseluruh dunia kini ianya dilaksanakan di peringkat negeri Perak bersama program anjuran MBI di dalam Program bulanan Ipoh Low Carbon Day.
Ianya merupakan suatu inisiatif global untuk meningkatkan kesedaran orang awam tentang kepentingan mengurangkan emisi karbon dan impaknya terhadap perubahan iklim.
Negeri Perak turut meletakkan matlamat untuk menjadi negeri rendah karbon dalam usaha mengekang fenomena perubahan iklim.
Kerajaan yakin hasrat untuk Malaysia menjadi negara sifar pelepasan gas rumah kaca menjelang 2050 mampu direalisasikan. Langkah mitigasi dan adaptasi dapat mengurangkan impak perubahan iklim dan pemanasan global perlu diberi perhatian yang sewajarnya.
Geopark Negeri Perak turut berkolabrasi dengan meneruskan lagi acara larian Vol. 3 setelah selesai Vol 1 dan ke 2 dibeberapa program yang lalu. Acara Larian Visit Perak 2024 Fun Run Vol.3 dengan peserta seramai 400 orang sejauh 5KM dimeriahkan dengan hadiah cabutan bertuah.
Kehadiran hampir 60 peserta di khemah telah memberi sokongan dan peranan masing-masing dengan pelbagai aktiviti dan khidmat nasihat. Khemah Unit Ekonomi Donut dengan aktiviti kuiz mudah berdasarkan soalan-soalan berkaitan Donut Economis juga turut menyediakan hadiah cabutan bertuah. Konsep bandar ekonomi donat ini adalah bagi memastikan pembangunan yang seimbang dalam memenuhi keperluan ekonomi dan pada masa yang sama berada dalam lingkungan had kemampuan alam sekitar dalam menjadikan Ipoh sebagai bandar yang mampan, inklusif dan berdaya tahan Program ini adalah flagship-15 di dalam Pelan Perak Sejahtera 2030.