Antara aktiviti yang dijalankan adalah pembersihan kawasan oleh penduduk setempat di dalam dan di luar halaman rumah, pembersihan sampah oleh penduduk di sekitar Kawasan rumah kediaman, pembersihan sampah kebun, pembuangan bekas - bekas potensi untuk takung air di lokasi rumah terbiar dan tanah terbiar, pemotongan pokok oleh Jabatan Lanskap dan pembersihan longkang oleh Jabatan Bomba. Aktiviti Gotong Royong dapat dilaksanakan dengan jayanya hasil kerjasama semua yang hadir.