12 Oktober 2023- Tuan Zulkifle bin Jaafar Sidek, Pengarah Kanan - Perkhidmatan MBI telah menerima kunjungan delegasi dari Majlis Perbandaran Selayang yang diketuai oleh LAr. Mokhtar Affandi bin Abdul Ghani, Pengarah Landskap Majlis Perbandaran Selayang.
Lawatan tersebut bertujuan untuk perkongsian strategik antara Majlis Bandaraya Ipoh bersama Majlis Perbandaran Selayang mengenai Pelan Strategik MBI. Sesi taklimat yang telah disampaikan oleh Encik Sharulnizam bin Jaafar, Pengarah Perancangan Korporat MBI ini telah berlangsung di Bilik Gerakan, Majlis Bandaraya Ipoh.
Sebelum itu, delegasi MPS telah diberikan taklimat oleh Encik Mohd Syahrizal bin Azmi, Pegawai Perhubungan Awam MBI merangkap Pengurus Radio TV MBI mengenai pengurusan Radio & TV MBI di konti Radio MBI.
Semoga lawatan tersebut dapat mengeratkan lagi hubungan di antara Majlis Bandaraya Ipoh dan Majlis Perbandaran Selayang.