23 Oktober 2024- Majlis Bandaraya Ipoh telah menerima kunjungan delegasi dari Program Youth Exchange & Study 2024 yang diketuai oleh En M S Saravanan, Pengetua Sekolah Shrishti, Vellore, India, Puan Usha Paulson selaku Penyelaras dan En Dharani Priyan, Wakil Negara India Selatan Untuk Persatuan Pelajar Komanwel.
Lawatan ini disertai seramai 35 orang pelajar berumur 13 hingga 21 tahun.
Lawatan tersebut bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan pengurusan dan pentadbiran Bandaraya Ipoh yang diurustadbir oleh Majlis Bandaraya Ipoh.
Ucapan aluan dan taklimat telah disampaikan oleh Tuan Romzi bin Zamri, Pengarah Komuniti Bandaraya MBI.
Semoga lawatan berkenaan dapat memanfaatkan pengetahuan mengenai fungsi dan tanggungjawab Majlis Bandaraya Ipoh.