27hb. Oktober 2024 - Program Ipoh Low Carbon Day (ILCD) kali ini merupakan program siri ke 74 yang berlangsung dalam suasana meriah dengan kehadiran 2000 wargakota Ipoh.
Pelbagai acara telah diadakan seperti pameran booth, acara kayuhan dan acara larian santai.
Program yang bermula seawal jam 7.00 pagi diteruskan dengan acara Kayuhan Ipoh Bestari Sejahtera 2024 anjuran Majlis Bandaraya Ipoh dan diikuti oleh acara larian santai World Stroke Day Fun Run 2024 dari Malaysia Stroke Council dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Perak.
Kedua-dua acara ini yang mana masing-masing dengan jumlah peserta seramai 300 orang telah disempurnakan pelancarannya oleh Y.Bhg.Dato’ Haji Rumaizi Bin
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it., Datuk Bandar Ipoh bersama Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Bahagian Perubatan) Dr. Roniyuzam bin Abd. Malek dari Jabatan Kesihatan Negeri Perak (JKN).
Kayuhan Ipoh Bestari Sejahtera 2024 ini merupakan acara kayuhan sejauh 20 kilometer dan penyertaan telah dibuka kepada semua warganegara. Hadiah cabutan bertuah berupa wang tunai keseluruhan bernilai RM5K disediakan untuk peserta kayuhan yang bertuah.
Matlamat penganjuran program Ipoh Low Carbon Day ini akan kekal sebagai agenda untuk mentransformasikan Ipoh sebagai sebuah Bandar Rendah Karbon selaras dengan Cabaran Bandar Rendah Karbon 2030 (LCC2030C). Ini adalah sebagai sumbangan MBI membantu mencapai komitmen negara untuk mengurangkan pelepasan gas rumah kaca sebanyak 45 peratus menjelang tahun 2030.
Tema utama Ipoh CFD pada bulan Oktober ini adalah Sambutan Hari Tindakan Iklim Antarabangsa (International Day of Climate Action). Tema ini diharap akan memberi ruang kepada wargakota menilai sejauh mana kejayaan MBI didalam perancangannya terutamanya didalam memberi kesedaran mengenai Pelepasan Karbon dan Perubahan Iklim. Selain itu, saringan kesihatan dan pameran pendidikan kesihatan oleh Jabatan Perubatan, Jabatan Rehabilitasi dan Jabatan Farmasi dari Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk orang awam turut disediakan.