Aktiviti & Berita

MBI JALIN KERJASAMA DENGAN UNIVERSITI MUHAMMADIYAH SUMATERA UTARA (UMSU) MEDAN

17 Oktober 2024 - Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya telah mengetuai lawatan kerja ke Universiti Sumatera Utara (UMSU) pagi tadi.

Ia turut dihadiri oleh Clr. Encik Faidz bin Ismail, Clr. Encik Basri bin Mohamad Nor Ahli Majlis, Clr. Encik Muhammad Hamzah bin Dato’ Haji Md Hamdan, Ahli Majlis MBI, Encik Kah Fee Yee, Ketua Pegawai Eksekutif PINCER MBI STUDIO, pegawai MBI dan Pengurusan UMSU.

Bapak Prof. Dr. Agussani, Rektor Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU) bersama pengurusan dan pemimpin masyakat Medan telah meraikan delegasi MBI dengan penuh meriah Majllis Minum Pagi di Auditorium UMSU yang turut diserikan dengan persembahan tarian dan nyanyian serta pertukaran cenderamata.

Sebelum itu, Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya telah mengadakan kunjung hormat kepada Bapak Prof. Dr. Agussani, Rektor Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU) di Bilik Mesyuarat UMSU.

Selepas itu, Tuan Setiausaha Bandaraya bersama Bapak Rektor UMSU dan Ahli Majlis MBI telah ditemuramah di Konti Radio UMSU yang turut disiarkan secara langsung di Radio MBI.

Lawatan ini bertujuan untuk menjalinkan kerjasama yang lebih erat, berkongsi pengalaman dan pengetahuan serta membincangkan mengenai program pada masa akan datang memandangkan Radio MBI dan Radio UMSU adalah Radio Berkembar sejak 25 Oktober 2021.

Selain itu, lawatan ini turut disertai oleh wakil daripada Hospital Seri Botani Ipoh iaitu Puan Yeun Yin Fong, Business Development Manager dan Dr. Tham May Wan, Medical Officer-In-Charge yang telah memberi taklimat di.Majlis Minum Pagi

Penglibatan pihak hospital ini adalah bagi mempelbagaikan pakej pelancongan kesihatan serta memperhebat dan merancakkan Tahun Melawat Perak 2024.

Lawatan ini juga diharap akan mewujudkan jalinan kerjasama dan hubungan erat dalam berkongsi pengetahuan dan pengalaman. Perhubungan ini juga dapat mempromosikan persefahaman dan persahabatan serta memperluaskan lagi peluang dalam pelbagai bidang.

Jalinan ini bakal membawa manfaat kepada kedua-dua pihak yang mana pelbagai program bersama boleh dianjurkan seperti Sesi Menandatantangani MOU, seminar dan sebagainya.

Penyertaan serta penglibatan dalam program-program dan aktiviti-aktiviti seumpama ini akan memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk mengetahui pelbagai inisiatif dan pembangunan khususnya berkaitan penyiaran, kesihatan dan pelancongan di Medan dan Ipoh.
Pegawai dan anggota pula dapat berkongsi pandangan dan pengalaman dalam meningkatkan mutu perkhidmatan dan sistem penyampaian bagi kepentingan serta kesejahteraan rakyat.

Pihak berkuasa tempatan seperti MBI, bukan hanya setakat menyelesaikan masalah sampah, longkang dan rumput tetapi lebih daripada itu seperti perancangan bandar dan pembangunan.

Perancangan bandar dan pembangunan amat penting dalam sesebuah bandar kerana ia akan memberi kehidupan yang lebih selesa kepada penghuninya. Pembangunan yang pesat akan menggambarkan kemajuan sebuah bandar dan pengurusan yang efisien sesebuah PBT.

Kota Medan mempunyai pelbagai keunikan tersendiri. Oleh itu, hanya melalui kerjasama dan sikap ingin berkongsi pengalaman di antara satu sama lain sahajalah yang dapat membantu kemajuan bandar raya Ipoh. Ipoh dan Medan mempunyai kekurangan dan kelebihan masing-masing. Adalah amat penting untuk mengambil inisiatif untuk mewujudkan kerjasama dengan UMSU.

463445186 929502839202237 4652028105025062280 N
463484117 929616765857511 6304673206412181766 N
463542662 929502939202227 9138842161722244614 N
463564422 929616345857553 1609222225905246400 N
463603818 929616709190850 2937876882931512103 N
463606444 929616435857544 1196042759905026938 N
463606912 929616322524222 5794128360406484256 N
463615379 929616665857521 2307795867142593464 N
463632617 929616555857532 662872950390054753 N
463632830 929616245857563 5939026530288092562 N
463638064 929616855857502 7168506320744297301 N
463665466 929616592524195 4741048670509034204 N
463668809 929616349190886 8540432802924553163 N
463668884 929616712524183 470705747534741189 N
463708335 929502945868893 631079776452036240 N
463708399 929616899190831 5505326177957579344 N
463720193 929502835868904 7624234648682379126 N
463746180 929616479190873 294214491754780019 N
463746196 929616805857507 5708782462623349828 N
463749057 929502832535571 1545928310804427854 N
463754992 929616242524230 7551130206920579846 N
463779692 929616459190875 1553362329403255572 N
463861719 929616809190840 3619364551789036143 N
463957947 929616585857529 7562564380960534005 N
mbir

Check out MBI Portal Radio  and MBI Radio Facebook for DJ segment info
ipohse
  • Ipoh City Council, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Copyright © 2023 Ipoh City Council (MBI). Suitable for displaying using IE version 9 & above, Mozilla Firefox version 6.0 above and Google Chrome 13.0 above with a resolution of 1024 x 768 above. Update:18/10/2024| Visitors Count :5103680