Aktiviti & Berita

PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA PERANGI SAMPAH HARAM : PERAK BERSIH DAN SIHAT (PERAK BEST) 2024.

11 Oktober 2024 - Tuan Haji Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya telah merasmikan Program Gotong Royong Perdana Perangi Sampah Haram: Perak Bersih Dan Sihat (Perak Best) 2024 pagi tadi.

Ia turut dihadiri oleh YB Encik Tan Kar Hing, Ahli Parlimen Gopeng, Clr. Puan Zuraidah binti Zakaria, Ahli Majlis MBI, Pengarah Kanan dan Ketua Jabatan MBI.

Program Gotong Royong Perdana Perangi Sampah Haram: Perak Bersih Dan Sihat (Perak Best) 2024 ini adalah satu inisiatif Local Agenda 21 iaitu suatu program untuk membentuk perkongsian di antara PBT, masyarakat dan sektor swasta dalam bekerjasama untuk merancang dan menguruskan kawasan persekitaran ke arah pembangunan mampan dan kualiti hidup yang lebih tinggi.

Pembasmian sampah haram & penjagaan kebersihan persekitaran adalah salah satu agenda di dalam LA21 Perak Bersih Dan Sihat 2024 yang diharapkan menjadi pemangkin kepada masyarakat dalam merealisasikan hasrat menjadikan Ipoh bandaraya bersih dan sejahtera.

Majlis Bandaraya Ipoh komited dalam menjalankan penutupan dan pengurangan ‘Hot Spot’ Lokasi Sampah Haram di sekitar kawasan Majlis Bandaraya Ipoh.

Program Gotong Royong Perdana Perangi Sampah Haram: Perak Bersih Dan Sihat (Perak Best) 2024 di Jalan Harilela 1A, Taman Sri Rapat pada hari ini melibatkan aktiviti pembersihan lokasi sampah haram, pemasangan Papan Tanda “Dilarang Membuang Sampah”, Penyerahan Tong Sampah 120 liter (Percuma) di kawasan perumahan sekitar Taman Sri Rapat (Fasa 1) dan Medan Lapangan Idaman iaitu sebanyak 567 unit dan aktiviti pembersihan awam melibatkan penyapuan jalan, kutipan sampah kebun pukal, pengedaran risalah “Dilarang Membuang Sampah” dan lain - lain.

Pada tahun 2024 terdapat 120 lokasi “hotspot’ sampah haram di seluruh kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh.

Sehingga bulan September 2024, sebanyak 6 lokasi sampah haram telah berjaya di tutup. Sasaran penutupan dan pengurangan “hot spot” lokasi sampah haram ini adalah 6 lokasi. Pencapaian ini adalah satu perkara yang signifikan dalam merealisasikan matlamat MBI untuk menjadikan Ipoh bandar raya yang bersih dan bestari. MBI telah menjalankan pelbagai program dan usaha bagi menangani isu pembuangan sampah haram.

Untuk makluman, MBI mula memperkenalkan perkhidmatan kutipan sampah kebun dan pukal secara percuma mulai tahun 2021. Sebanyak 17 lori terbuka dikhaskan untuk menjayakan perkhidmatan ini. Perkhidmatan ini berjalan dengan lancar dan tersusun mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Selain itu, MBI turut mengadakan program pengedaran tong sampah secara percuma kepada penduduk di bandar raya Ipoh. Sehingga September 2024, sebanyak 136,392 unit tong sampah diedarkan setiap hujung minggu mengikut giliran Zon Ahli Majlis sejak program ini mula diperkenalkan pada tahun 2021.

Sebanyak 2,015 papan tanda ‘Dilarang Membuang Sampah’ juga dipasang di lokasi - lokasi ‘hot spot’ pembuangan sampah haram sejak 2021 sehingga September 2024.

Pihak MBI telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk merealisasikan matlamat menjadikan bandaraya Ipoh Bersih, Selamat dan Bestari. Oleh itu, masyarakat hendaklah memainkan peranan yang lebih aktif dalam menjayakan misi ini.

Semoga program seperti ini akan menjadi titik tolak untuk mencapai hasrat menjadikan Ipoh Bandaraya Bestari Sejahtera dan Perak Sejahtera menjelang 2030.

IMG 20241014 WA0089
IMG 20241014 WA0093
IMG 20241014 WA0094
IMG 20241014 WA0095
IMG 20241014 WA0096
IMG 20241014 WA0097
IMG 20241014 WA0098
IMG 20241014 WA0099
IMG 20241014 WA0100
IMG 20241014 WA0101
IMG 20241014 WA0102
IMG 20241014 WA0103
IMG 20241014 WA0104
IMG 20241014 WA0105
IMG 20241014 WA0106
IMG 20241014 WA0107
IMG 20241014 WA0108
IMG 20241014 WA0109
IMG 20241014 WA0111
mbir

Check out MBI Portal Radio  and MBI Radio Facebook for DJ segment info
ipohse
  • Ipoh City Council, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Copyright © 2023 Ipoh City Council (MBI). Suitable for displaying using IE version 9 & above, Mozilla Firefox version 6.0 above and Google Chrome 13.0 above with a resolution of 1024 x 768 above. Update:18/10/2024| Visitors Count :5103680