Aktiviti & Berita

LAWATAN PENANDAARASAN MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI BANDARAYA PELANCONGAN KE MAJLIS BANDARAYA IPOH

17 Oktober 2024 - Majlis Bandaraya Ipoh telah menerima kunjungan delegasi dari Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan yang diketuai oleh Puan Anis Salihah binti Zabudin, Pegawai Khidmat Pengurusan Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan. Lawatan ini disertai seramai 13 orang anggota dari Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan.

Lawatan tersebut bertujuan untuk mewujudkan perkongsian strategik antara Majlis Bandaraya Ipoh dan Dewan Bandaraya Shah Alam berkaitan Pelaksanaan Lesen Perniagaan Digital Dan Teknologi G.I.S yang telah digunapakai di Majlis Bandaraya Ipoh.

Ucapan aluan telah disampaikan oleh Encik Sharulnizam bin Jaafar, Pengarah Perancangan Korporat Majlis Bandaraya Ipoh dan sesi taklimat tersebut telah disampaikan oleh Puan Nurul Naziriah binti Jalaluddin, Penolong Pengarah Pelesenan Majlis Bandaraya Ipoh serta Encik Hafif bin Shahraman, Penolong Pengarah Perancangan Bandar Majlis Bandaraya Ipoh.

Semoga lawatan berkenaan dapat mengeratkan lagi hubungan di antara Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan dan Majlis Bandaraya Ipoh.

IMG 20241018 WA0007
IMG 20241018 WA0008
IMG 20241018 WA0009
IMG 20241018 WA0010
IMG 20241018 WA0011
IMG 20241018 WA0012
IMG 20241018 WA0013
IMG 20241018 WA0014
IMG 20241018 WA0015
IMG 20241018 WA0016
IMG 20241018 WA0017
IMG 20241018 WA0018
mbir

Check out MBI Portal Radio  and MBI Radio Facebook for DJ segment info
ipohse
  • Ipoh City Council, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Copyright © 2023 Ipoh City Council (MBI). Suitable for displaying using IE version 9 & above, Mozilla Firefox version 6.0 above and Google Chrome 13.0 above with a resolution of 1024 x 768 above. Update:18/10/2024| Visitors Count :5103680