23 Ogos 2023- AdsPilot Sdn Bhd dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perak dibawah kendalian Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) pada pagi tadi.
MOU berkenaan merangkumi kerjasama strategik untuk menghubungkan pemilik ruang, pelabur mikro dan para pengiklan untuk berkongsi maklumat melalui platfrom yang disediakan.
Adspilot telah memilih UTC Perak sebagai lokasi untuk projek mereka dan menaja 3 unit Televisyen (Tv) kepada UTC Perak dan merancang menambah lebih 30 unit lagi untuk ditempatkan di premis milik MBI dalam masa terdekat.
TV yang berukuran 58 inci ini boleh dijadikan sebagai medium untuk digunakan agensi kerajaan mahupun swasta di UTV Perak dan orang awam khususnya para usahawan bagi tujuan mempromosi dan mengiklankan maklumat, agenda atau produk mereka dengan lebih berkesan.
Terdahulu, Majlis Perasmian Tajaan Skrin TV dan Majlis Menandatangani MOU telah disempurnakan oleh Encik Romzi Bin Zamri, Pengarah Pengurusan Fasiliti MBI dan Encik Edmund Har Kei Yin, Pengasas Adapilot Sdn Bhd.
Kerjasama yang terjalin ini diharap dapat diteruskan serta membantu semua pihak yang terlibat selaras dengan matlamat MBI menjadikan Ipoh Bestari Sejahtera.