Aktiviti & Berita

MAJLIS ANGKAT SUMPAH PELANTIKAN AHLI-AHLI MAJLIS, MAJLIS BANDARAYA IPOH BAGI TEMPOH 16 FEBRUARI 2023 HINGGA 15 FEBRUARI 2024

Majlis Bandaraya Ipoh telah mengadakan Majlis Angkat Sumpah Pelantikan Ahli-Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Ipoh pada 22 Februari 2023 bertempat di Dewan Mesyuarat, Majlis Bandaraya Ipoh.

Program Majlis Angkat Sumpah Pelantikan Ahli-Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Ipoh telah dihadiri oleh YB Sandrea Ng Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak. Ia turut dihadiri oleh Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri, Pengarah Kanan, Ketua Jabatan dan pegawai-pegawai MBI.

Seramai 25 orang Ahli Majlis telah mengangkat sumpah menerima jawatan sebagai Ahli Majlis termasuk YBhg. Dato’ Haji Rumaizi bin Baharin @ Md. Daud, Datuk Bandar Ipoh dan disaksikan oleh YB Sandrea Ng, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak.

Majlis Angkat Sumpah telah dijalankan sebanyak 5 kumpulan dan maklumat adalah seperti berikut:

 KUMPULAN PERTAMA:

  1. Datuk Mazlan bin Abd Rahman (Ketua Kumpulan)
  2. Datuk Ahmad Hariri bin Haji Kamarudin
  3. Hajah Norul Huda binti Ahmad Nator
  4. Encik Basri bin Mohamad Nor
  5. Dato’ Haji Azizul Kama bin Abd Aziz

 KUMPULAN KEDUA:

  1. Encik Wong Kar Keat (Ketua kumpulan)
  2. Encik Lee Tzee Hoo
  3. Encik Lam Yee Tect
  4. Encik Lim Chee Aun
  5. Encik Ahmad Fariq Walit bin Ahmad Puad

 KUMPULAN KETIGA:

  1. Encik Sivam a/l Kalimuthu (Ketua Kumpulan)
  2. Encik Ng Haen Vee
  3. Encik Tan Seong Peng
  4. Encik Chen Jian Cong
  5. Encik Lawrence a/l R. Palanisamy

 KUMPULAN KEEMPAT:

  1. Encik Ahmad Khair Faizal bin Yahaya (Ketua Kumpulan)
  2. Puan Norhayati binti Sani
  3. Encik Tang Cheng Wei
  4. Encik Mohamed Helmi bin Mohamed Fuzi
  5. Puan Zuraidah binti Zakaria

 KUMPULAN KELIMA:

  1. Encik Shamsul Effendey bin Abd Rahim (Ketua Kumpulan)
  2. Puan Logiswary a/p Subramaniam
  3. Encik Faidz bin Ismail
  4. Encik Chung Cum Cheong

Dengan pelantikan tersebut, Majlis Bandaraya Ipoh telah mempunyai seramai 25 orang Ahli Majlis termasuk YBhg. Datuk Bandar dan tempoh pelantikan semua Ahli Majlis ini berkuatkuasa mulai dari 16 Februari 2023 sehingga 15 Februari 2024.

Semoga pelantikan Ahli Majlis ini akan menjadi penghubung antara Majlis Bandaraya Ipoh dan warga kota Ipoh.



WhatsApp Image 2023 02 22 At 134814
WhatsApp Image 2023 02 22 At 134815
WhatsApp Image 2023 02 22 At 134816
WhatsApp Image 2023 02 22 At 134817
WhatsApp Image 2023 02 22 At 134819
WhatsApp Image 2023 02 22 At 134820
WhatsApp Image 2023 02 22 At 134821
WhatsApp Image 2023 02 22 At 134823
WhatsApp Image 2023 02 22 At 134824
WhatsApp Image 2023 02 22 At 134825
WhatsApp Image 2023 02 22 At 134827
WhatsApp Image 2023 02 22 At 134828

mbir

Layari MBI Portal Radio  dan MBI Radio Facebook untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 04/11/2024.
  • Jumlah Pelawat 5209472