Aktiviti & Berita

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM LOCAL AGENDA PERAK BERSIH DAN SIHAT (PERAK BEST) EKONOMI KITARAN DI PREMIS KEDIAMAN BERSTRATA (RUMAH PANGSA) PERINGKAT MBI

  • Utama
  • Pusat Media
  • Aktiviti & Berita
  • MAJLIS PERASMIAN PROGRAM LOCAL AGENDA PERAK BERSIH DAN SIHAT (PERAK BEST) EKONOMI KITARAN DI PREMIS KEDIAMAN BERSTRATA (RUMAH PANGSA) PERINGKAT MBI
25 Oktober 2024-YB Puan Thulsi Thivani a/p Manogaran, Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (ADUN) Kawasan Buntong telah menyempurnakan Majlis Perasmian Program Local Agenda Perak Bersih Dan Sihat (Perak Best) Ekonomi Kitaran Di Premis Kediaman Berstrata (Rumah Pangsa) Peringkat Majlis Bandaraya Ipoh petang tadi. Ia turut dihadiri oleh Ahli Majlis, Tuan Haji Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya, Pengarah Kanan-Pentadbiran & Operasi dan Ketua Jabatan MBI.

Tujuan Pelaksanaan Majlis ini adalah untuk:
i. Melaksanakan program Ekonomi Kitaran juga dikenali sebagai Waste To Wealth bagi merancakkan lagi ekonomi dan menggalakkan penduduk-penduduk bangunan strata untuk kitar semula yang boleh ditukarkan kepada wang (trash for cash).
ii. Menjayakan VISI-Ipoh Bandar Wilayah Pintar Berteraskan Ekosistem Mampan Dan Bestari Sejahtera & MISI-Memperkasakan Pengurusan Bandar Secara Inklusif Ke Arah Bandar Raya Pintar, Rendah Karbon Dan Bestari Sejahtera Menjelang 2030. Ini selaras dengan komitmen negara untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 45% menjelang tahun 2030.
iii. Melaksanakan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) menyasarkan Kadar Kitar Semula Kebangsaan (KKSK) sebanyak 40% menjelang tahun 2025.
* Menjayakan Sustainable Development Goals dari Bangsa-bangsa Bersatu- Indikator 12.5.1, Kadar kitar semula Kebangsaan & Jumlah bahan dikitar semula,
* Melaksanakan Strategi 3.1 Dasar Kebersihan Negara menggalakkan amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle) dan pengasingan sisa dan peningkatan 2% kemudahan kitar semula setiap tahun.
* Melaksanakan Blueprint Ekonomi Kitaran bagi Sisa Pepejal (2025-2035) bertujuan mencapai transformasi ekonomi kitaran bagi pengurusan sisa pepejal yang memaksimumkan kecekapan sumber dan meminimumkan penjanaan sisa pada masa yang sama menggalakkan pertumbuhan ekonomi, kesejahteraan sosial dan kemampanan alam sekitar menjelang tahun 2050”.

Maklumat dari Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam sekitar menyatakan hanya satu peratus daripada anggaran 285,000 metrik tan sisa elektrik & elektronik ( mewakili 24.5 juta unit elektrik & elektronik ) berjadual atau e-sisa dihasilkan secara domestik yang dikumpul dan dilupuskan secara Lestari. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengunjurkan setiap individu menghasilkan 7.6 Kg sisa. Malah, pencemaran e-sisa akibat pelupusan yang tidak terurus serta kesan terhadap kesihatan dan manusia muncul sebagai antara isu utama peringkat global.
Sehingga kini pihak majlis telah mengitar semula 7,313 tan metrik bahan yang boleh kitar semula dengan pengurangan karbon 4,217 tan metrik CO2 equivalent. Jumlah yang telah diterima oleh orang awam hasil dari jualan bahan kitar semula adalah sebanyak RM 1.45 juta (trash for cash). Jumlah ini telah dicapai melalui kerjasama orang ramai, rakan-rakan strategik ekonomi kitaran dan pelbagai pihak secara langsung dan tidak langsung.
i. Sehingga Oktober 2024, jumlah minyak masak terpakai yang kutip adalah 458.63 tan metrik dengan pengurangan karbon sebanyak 6.49 tan metrik CO2 equivalent dengan jumlah bayaran RM1.39 juta ( trash for cash ) di 1581 jumlah lokasi kutipan. Manakala,
ii. Sisa elektrik dan elektronik (e-waste) telah dikutip sebanyak 466.79 tan metrik dengan pengurangan karbon 406.1 tan metrik CO2 equivalent dengan jumlah bayaran RM 62,125.00 kepada orang awam di 613 jumlah lokasi kutipan.

Untuk makluman lanjut sila layari portal Majlis Bandaraya Ipoh di laman sesawang https://www.mbi.gov.my/sumber/ekonomi-kitaran.

Program dan aktiviti ekonomi kitaran telah mula dilaksanakan sejak tahun 2021 di premis-premis perniagaan, taman-taman perumahan, sekolah, kawasan industri, agensi kerajaan, institusi-institusi pengajian tinggi secara berperingkat dan pada hari ini aktiviti ini dimulakan dalam kalangan penduduk rumah pangsa Buntong Harmoni supaya program ekonomi kitaran hari ini menjadi contoh kepada ke semua 58 rumah pangsa (kediaman berstrata) yang mempunyai badan pengurusan tampil berkerjasama dengan rakan-rakan strategik ekonomi kitaran MBI.

Jutaan terima kasih dirakamkan kepada badan pengurusan Buntong Harmoni dan semua warga penduduk rumah pangsa Buntong Harmoni yang telah bertungkus lumus bagi menjayakan program ini. Diharap aktiviti ini menjadi aktiviti bulanan secara berkala dan berterusan supaya kita Bersama-sama memelihara alam sekitar dan melindungi bumi kita daripada kesan perubahan iklim yang berterusan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada syarikat Biovisma Sdn. Bhd., Syarikat Edsha Solutions Sdn Bhd. dan Syarikat Tetra Pak (M) Sdn Bhd. kerana memberi kerjasama yang baik dan diharap kerjasama ini berterusan sepenuhnya sepanjang aktiviti ini berlangsung.

Semoga program ini akan menjadi titik tolak untuk mencapai hasrat menjadikan Ipoh Bandaraya Bestari Sejahtera dan Perak Sejahtera menjelang 2030.

464568056 934829022002952 2365335557816970733 N
464390994 934829648669556 1965695641687996624 N
464415161 934829005336287 7107867612133505015 N
464417314 934829618669559 8626702921339015848 N
464423699 934829502002904 5020586712426942739 N
464436107 934829232002931 159623018096144848 N
464472032 934829225336265 674996728984659559 N
464483533 934828985336289 1842621868118540217 N
464490699 934828915336296 6167366423490621993 N
464490854 934829115336276 1034806467480923896 N
464503554 934828955336292 7986017582523358728 N
464521568 934829138669607 6858953146978010751 N
464527300 934829135336274 8550950112388237752 N
464573786 934829525336235 7116615060155197536 N
464575430 934829325336255 1906923610576626307 N
464596826 934829302002924 3541102404455735853 N
464612039 934829405336247 4082106513638469517 N
464618621 934829438669577 5295688508803791740 N
464637516 934829542002900 8326373751918246737 N
464639141 934829242002930 5369037340743876266 N
464640594 934829328669588 8261327252377614680 N
464691988 934828932002961 8068982597794382416 N
464695904 934829435336244 5727759194227026143 N
mbir

Layari MBI Portal Radio  dan MBI Radio Facebook untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 28/10/2024.
  • Jumlah Pelawat 5185237