Aktiviti & Berita

OPERASI PEMERIKSAAN DAN SITAAN MAKANAN BAGI SIRI KE 12/2024

22 Oktober 2024 – Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Persekitaran, Majlis Bandaraya Ipoh telah menjalankan Operasi Pemeriksaan dan Sitaan Makanan bagi siri ke 12/2024 di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang dijalankan sekitar kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh baru-baru ini. Operasi ini diklasifikasikan sebagai Ops Cahaya selaras dengan Sambutan Hari Deepavali yang bakal disambut pada 31 Oktober 2024.

Objektif operasi ini adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kebersihan persekitaran premis makanan bagi menjamin kebersihan dan keselamatan makanan serta mengawasi keselamatan produk makanan yang dijual di pasaran.
Modus Operandi operasi ini adalah tertumpu kepada :

1. Produk makanan yang berbungkus tanpa label seperti jenis makanan, nama dan alamat syarikat pengeluar, tarikh luput dan pemakluman nutrisi.
2. Mana – mana produk makanan di dalam tin yang rosak, kemek atau berkarat.
3. Produk makanan yang melepasi tarikh tamat tempoh.
4. Produk makanan yang tidak sesuai dimakan termasuk sayur-sayuran dan buah-buahan yang layu dan rosak.

Sebanyak 9 buah premis makanan telah diperiksa yang terdiri daripada jenis perniagaan kedai runcit dan pasaraya. Daripada pemeriksaan tersebut sebanyak 748 jenis produk makanan telah dirampas dan disita dengan jumlah keseluruhan bernilai RM9,206.20. Sehingga bulan Oktober 2024, Operasi Pemeriksaan dan Sitaan Makanan adalah sebanyak 83 buah premis makanan dengan jumlah sitaan sebanyak 3,848 jenis produk makanan yang bernilai RM29,165.86.

Antara kesalahan dan jenis kerosakan produk makanan yang dikenalpasti didapati sebanyak 337 bungkusan produk makanan telah didapati rosak dan kemek. Manakala sebanyak 574 jenis produk makanan didapati telah melebihi tarikh tamat tempoh seperti yang dinyatakan pada bungkusan produk makanan tersebut. Seterusnya sebanyak 2,937 jenis produk makanan gagal mematuhi standard pelebelan mengikut akta dan peraturan-peraturan serta gagal mematuhi Syarat-Syarat Pelesenan Majlis Bandaraya Ipoh.

Sebanyak 15 tawaran kompaun yang berjumlah RM5,500.00 di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Establisymen Makanan (Majlis Bandaraya Ipoh) 2017 juga telah dikeluarkan. Operasi ini dijalankan sepanjang tahun yang tertumpu kepada semua sambutan hari perayaan di Malaysia.

Adalah menjadi harapan majlis supaya masyarakat sentiasa peka kerana setiap individu berhak untuk mendapatkan makanan yang selamat dan berkhasiat seirin dengan konsep Food Safety: Prepare For The Unexpected yang merupakan tema Sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia 2024 yang membawa maksud menitikberatkan agar sentiasa bersedia dalam melaksanakan langkah-langkah keselamatan makanan yang kukuh dan jitu di setiap peringkat rantaian makanan.

464091104 932490335570154 8713195749689419411 N
464135772 932490762236778 6344320687472495695 N
464193794 932490442236810 1861852947470466825 N
464217373 932490785570109 2351626706231370551 N
464295447 932490458903475 2475030777801896029 N
464314733 932490205570167 5428590262731583692 N
IMG 20241022 WA0019
IMG 20241022 WA0020
IMG 20241022 WA0021
IMG 20241022 WA0022
IMG 20241022 WA0024
IMG 20241022 WA0029
IMG 20241022 WA0030
IMG 20241022 WA0031
IMG 20241022 WA0032
IMG 20241022 WA0033
IMG 20241022 WA0034
IMG 20241022 WA0035
IMG 20241022 WA0036
IMG 20241022 WA0037
WhatsApp Image 2024 10 22 At 111538 Baafe33a
WhatsApp Image 2024 10 22 At 111539 C918fe72
mbir

Layari MBI Portal Radio  dan MBI Radio Facebook untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 28/10/2024.
  • Jumlah Pelawat 5185239