Aktiviti & Berita

DATUK BANDAR IPOH MERASMIKAN HARI ANESTESIA SEDUNIA 2024 PERINGKAT HOSPITAL RAJA PERMAISURI BAINUN IPOH

20 Oktober 2024 - Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh merasmikan Hari Anestesia Sedunia 2024 Peringkat Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh pagi tadi.

Tema Hari Anestesia Sedunia pada tahun ini adalah “Workforce Wellbeing”. Kesejahteraan dan kesihatan pasukan anestesia dan icu adalah selari dengan kesembuhan kesihatan dan keselamatan pesakit. Akan tetapi, tempoh jam berkerja yang panjang, tekanan yang melampau serta corak kerja yang kritikal boleh menyebabkan “burnout” dan cabaran terhadap kesejahteraan tenaga kerja.

Maka adalah penting dan perlu untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraan tenaga kerja kesihatan juga terbela dan terpelihara.

Hari Anestesia Sedunia ini memberi peluang penekanan terhadap sokongan kesihatan mental, emosi serta fizikal profesion anestesia secara global.

Satu ketika dahulu, sekitar empat tahun yang lalu, semasa dunia berperang dengan pandemik covid 19, pasukan anestesia adalah antara jabatan yang memainkan peranan yang amat tinggi serta mengalami tekanan kerja yang melampau sehinggakan ada di antara anggota yang kecundang disebabkan bebanan kerja yang melampau ketika saat itu.

Ucapan tahniah dan jutaan terima kasih perlu dirakamkan kepada semua barisan hadapan paramedic terutamanya pasukan anestesia atas sumbangan serta dedikasi dalam melaksakan tanggung jawab yang diberi ketika negara dilanda wabak COVID-19 ketika itu.

Walaupun kini di fasa Endemic, namun peranan dan sokongan barisan Anestesia amat diperlukan malah menjadi keutamaan dalam memastikan perkhidmatan kesihatan di HRPB khususnya dapat dilaksanakan dengan lebih optimum dari masa ke masa.

Dengan perkembangan yang semakin baik dalam negara setelah pelbagai rintangan yang telah dihadapi, namun, rentetan daripada gelombang COVID-19 tersebut, tidak dinafikan ada dikalangan masyarakat mahupun kakitangan kesihatan yang mengalami tekanan emosi sehingga mencetus kepada masalah kesihatan mental.

Oleh yang demikian, sistem sokongan daripada semua pihak perlu mengambil peranan masing-masing agar permasalahan atau kesan masalah kesihatan mental yang dihadapi oleh anggota kesihatan perlu dititik berat dan tidak di pandang enting.

Semoga semua warga kesihatan terutama pasukan anestesia dapat melaksanakan tugasan dengan baik dan harmoni di masa hadapan.

IMG 20241020 WA0022
IMG 20241020 WA0023
IMG 20241020 WA0024
IMG 20241020 WA0025
IMG 20241020 WA0026
IMG 20241020 WA0027
IMG 20241020 WA0028
IMG 20241020 WA0029
IMG 20241020 WA0030
IMG 20241020 WA0031
IMG 20241020 WA0032
IMG 20241020 WA0033
mbir

Layari MBI Portal Radio  dan MBI Radio Facebook untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 28/10/2024.
  • Jumlah Pelawat 5185239