Aktiviti & Berita

DATUK BANDAR IPOH TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU PERAK

Ipoh, 13 Oktober 2026 – YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, menerima kunjungan hormat daripada Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk) hari ini.

Sesi kunjungan ini melibatkan YDH. Toh Paduka Setia Dato’ Ir. Dr. Safry Kamal bin Haji Ahmad, Orang Besar Jajahan (OBJ) Daerah Muallim dan YDH. Toh Muda Orang Kaya-Kaya Seri Adika Raja Shahbandar Muda Dato’ Ar. LA Meor Roslan bin Dato’ Seri Haji Meor Ahmad Rashidi, OBJ Daerah Hulu Perak.

Kunjungan ini merupakan satu platform penting dalam mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuh jaringan kerjasama antara Majlis Bandaraya Ipoh dengan pihak MAIPk.

Pertemuan ini turut membuka ruang kepada pertukaran pandangan dan perkongsian maklumat berkaitan pembangunan Kompleks Pentadbiran dan Pusat Komersial MAIPk.

Semoga pertemuan ini menjadi pemangkin kepada hubungan kerjasama yang lebih erat dan berterusan antara kedua-dua pihak demi kepentingan bersama serta kemajuan negeri Perak secara keseluruhannya.

WhatsApp Image 2026 10 14 At 082943
847763401 1554426190043229 8224843831537354552 N
843373310 1554426203376561 3995206667466649073 N
843573596 1554426240043224 7907377451643789630 N
845748329 1554426063376575 176344270137398849 N
843398211 1554426176709897 7685126549245376079 N
842206906 1554426270043221 8930870540729545663 N
847691062 1554426246709890 5287429799362275790 N
846613053 1554426170043231 431187282340986231 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

     

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 14/10/2026.
  • Jumlah Pelawat 7244404