30 Oktober 2024 - Pasukan bola sepak pegawai Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang dikenali dengan MBI Cougars terus membuktikan keunggulan apabila mempertahankan Piala Bandar Raya Pintar (Ipoh Smart City Cup) 2024 yang telah dimenangi pada tahun lepas selepas menewaskan pasukan bola sepak pegawai Tenaga Nasional (PDR XZ FT) dalam aksi persahabatan bola sepak malam tadi.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Perak itu menyaksikan MBI berjaya mengetepikan saingan pasukan lawan dengan keputusan 3-0.
Kedua-dua pasukan berjaya menunjukkan mutu permainan yang baik selain menyajikan saingan yang menghiburkan penyokong-penyokong yang hadir ke perlawanan ini.
Gol-gol pasukan MBI telah dijaringkan oleh Muhammad Amirul Safwan, Muhammad Fadli Zahari dan Mohamad Zulhazwan Haris.
Hasil kemenangan tersebut, MBI telah berjaya merangkul Piala Bandar Raya Pintar (Ipoh Smart City Cup) 2024 buat tahun kedua berturut-turut yang diterima oleh Setiausaha Bandaraya, Ahmad Munir bin Ishak selaku Ketua Pasukan MBI. Piala dan medal kemenangan telah disampaikan oleh Mohd Suhairi bin Mohammad Shah, Head of State Retail Negeri Perak.