Aktiviti & Berita

LEBIH 3500 WARGAKOTA IPOH SERTAI IPOH LOW CARBON DAY BULAN OGOS 2024

25 Ogos 2024- Lebih 3500 wargakota Ipoh telah menyertai Ipoh Low Carbon Day pagi tad.

Perarakan Hari Kebangsaan telah menghiasi program Ipoh Low Carbon Day (ILCD) dengan penyertaan seramai 300 anak-anak dari Persatuan TASKA Perak yang ditemani keluarga dan guru masing-masing.

Sebanyak 20 institusi telah mengambil bahagian didalam program kali ini yang bersesuaian dengan Tema Malaysia Madani Jiwa Merdeka dipilih untuk menjayakan Program siri ke-72 ini.

Penganjuran kali ini juga telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran National Stroke Association of Malaysia (NASAM) yang telah menganjurkan Larian Amal NASAM Step Forward For Stroke 2024 dan disempurnakan pelepasannya oleh Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh. Seramai 200 orang peserta telah menyertai larian tersebut . Acara larian ini terbahagi kepada 2 ketegori iaitu kategori larian yang disertai oleh peserta Stroke Survivors & Caregivers sejauh 1KM dan larian terbuka untuk warga Ipoh dan luar Ipoh berumur 12 tahun dan keatas sejauh 3KM.

Pelbagai pertandingan seperti Pakaian Beragam bertemakan Jalur Gemilang untuk kanak-kanak dan pendidik termasuk pertandingan Stroller Kreatif untuk bayi hingga 3 tahun juga turut dipertandingkan dibawah program Persatuan TASKA Perak.

Ia turut dihadiri oleh EXCO Tertinggi Persatuan TASKA Perak, Nafizah binti Abd Malik, Shuhaidawati Idayu binti Mohd Anis, Mazlen binti Che Mohd Nor dan Pengurus Besar NASAM, Puan Monica Geraldine Gayondato.

IMG 20240827 WA0048
IMG 20240827 WA0049
IMG 20240827 WA0050
IMG 20240827 WA0051
IMG 20240827 WA0052
IMG 20240827 WA0053
IMG 20240827 WA0054
IMG 20240827 WA0055
IMG 20240827 WA0056
IMG 20240827 WA0057
IMG 20240827 WA0058
IMG 20240827 WA0059
IMG 20240827 WA0060
IMG 20240827 WA0061
IMG 20240827 WA0062
IMG 20240827 WA0063
IMG 20240827 WA0064
mbir

Check out MBI Portal Radio  and MBI Radio Facebook for DJ segment info
ipohse
  • Ipoh City Council, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Copyright © 2023 Ipoh City Council (MBI). Suitable for displaying using IE version 9 & above, Mozilla Firefox version 6.0 above and Google Chrome 13.0 above with a resolution of 1024 x 768 above. Update:30/08/2024| Visitors Count :5101805